Tahukah kita
siapakah yang dinamakan ulamak suk (jahat)? Kadang-kadang kita tertipu dengan
hujah yang disertakan dalil Al-Quran dan hadis bagi membolehkan sesuatu
tindakan yang dilakukan oleh mereka.
Ulamak suk ialah orang yang mempunyai ilmu dan hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Ia juga tidak gamak mencegah segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah atau orang kenamaan demi menjaga periuk nasinya. Inilah peluang keemasan yang ada untuk mengaut segala keuntungan dan kemewahan dunia dengan mengadaikan prinsip agamanya. Segala ilmu yang dimiliki olehnya digunakan untuk dijadikan hujah atau dalil bagi menghalalkan segala perbuatan yang jelas bercanggah dengan syarak.
Ulamak suk ialah orang yang mempunyai ilmu dan hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Ia juga tidak gamak mencegah segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah atau orang kenamaan demi menjaga periuk nasinya. Inilah peluang keemasan yang ada untuk mengaut segala keuntungan dan kemewahan dunia dengan mengadaikan prinsip agamanya. Segala ilmu yang dimiliki olehnya digunakan untuk dijadikan hujah atau dalil bagi menghalalkan segala perbuatan yang jelas bercanggah dengan syarak.
Berkata Saidina
Umar Al-Khattab bahawa perkara yang aku amat takut dan khuatir adalah orang
munafik yang pandai berbicara. Rumusan yang dapat diambil ialah ulamak suk sangat bijak bermain kata-kata
dengan dimuatkan dalil Al-Quran dan Hadis sehingga dapat mengelirukan orang
ramai. Mereka ini juga dikategorikan sebagai orang yang lebih jahat jika
dibandingkan dengan dajjal. Kebanyakkan orang tertipu dengan pakaian,
penampilan dan percakapan mereka yang dihiasi dengan perumpamaan serta logik.
Sangat sedap dan lunak ayat Al-Quran dan Hadis yang dibacakan oleh mereka.
Tetapi semua ini bukan untuk mencari kebenaran tetapi adalah untuk menutupi
segala kejahatan dan kesalahan yang telah dibuat oleh mereka.
Demi kepentingan
dunia, mereka berdiam dan tidak berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh
pemerintah atau orang yang berkuasa. Segala kezaliman dan penyelewengan dilihat
begitu sahaja tanpa ada sedikit pun perkataan membantah. Sangat taat kepada
pemimpin yang zalim, munafik dan fasik seperti seekor Kaldai yang mentaati
segala perintah tuannya. Hujah yang berani mereka berikan ialah yang tidak
menganggu kepentingan diri. Setelah diasak dengan teruk, mereka hanya menyalahkan
orang lain dengan mengatakan “Islam melarang kita mengambil tahu hal peribadi
orang lain”.
Apabila sesuatu
perkara yang diperintahkan Allah ingin ditegakkan oleh orang yang
memperjuangkan Islam. Lantas akan dihalang oleh mereka dengan memberikan
pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti masanya belum tiba, negara ini
mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama. Tidak sesuai dilaksanakan
perintah tersebut pada zaman sekarang kerana ia sudah tidak reliven. Ada sahaja
penentangan demi penentangan dari mereka yang cintakan dunia dan takutkan mati.
Matlamat utama
bagi ulamak suk ini adalah kekayaan dunia semata-mata seperti memiliki harta
yang banyak, rumah besar, duit yang banyak dan jawatan yang tinggi. Jika mereka
menentang habislah semua ini, mereka tidak boleh bermewah dan berbangga dengan
kekayaan dunia. “Siapa yang hendak memberi mereka makan dan siapa yang hendak
memberikan mereka rezeki” soal hati mereka. Sebenarnya mereka lupa rezeki bukan
datang dari manusia, tetapi ia datang daripada Allah, jika Allah tarik semua
kemewahan itu sudah pasti hidup mereka akan lebih melarat dari orang-orang
faqir yang miskin dunia tetapi kaya akhirat. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang
mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk
habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau
syurga di hari akhirat.” (Riwayat Abu Daud)
Begitu hebat
keburukan atau malapetaka yang akan timbul apabila orang yang berilmu
menyembunyikan kebenaran. Masyarakat ketika itu tidak ada tali untuk bertaut
dan segala maklumat tentang Islam tidak disampaikan secara jelas dan menyeluruh
sehingga menyebabkan mereka tidak tahu mana yang benar dan mana yang dusta.
Dari kesan ini, perbuatan maksiat, kezaliman, penindasan dan kesesatan
bermaharajalela. Mereka juga sentiasa berada di dalam kekufuran dan dosa. Hal
ini berlaku kerana ulamak yang ada tidak bertanggungjawab dan tidak menjalankan
amanah yang Allah berikan kepada mereka. Dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali :
“Rosaknya rakyat berpunca
daripada rosaknya pemerintah dan rosaknya pemerintah berpunca daripada ulama suk
yang ada kepentingan.”
Perlukah
kita cintakan ulamak seperti ini yang jelas sekali akan merosakkan kita?
Jawapannya tidak sama sekali. Mari kita bersatu di bawah payung Islam untuk
menolak dan menentang segala keburukkan yang telah mereka lakukan. Disamping
itu juga kita berdoa supaya Allah membukakan pintu hati mereka agar diberikan
hidayah serta menyesali segala perbuatan jahat yang telah mereka lakukan.
Kembalikanlah mereka ke jalan yang diredhoi agar segala ilmu yang dimiliki oleh
mereka dapat digunakan ke arah yang betul.
Bagi mengelakkan diri kita tersalah mencintai ulamak
suk, maka kita harus berhati-hati sebelum mengiktiraf mereka sebagai ulamak.
Lihat dahulu seluruh kehidupan mereka. Adakah mereka mempunyai peribadi yang
baik seperti yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Di sini juga dapat digariskan
satu panduan untuk kita menilai seseorang ulamak seperti apa yang dikatakan
oleh Imam An-Nawawi, kriteria ulama
pewaris nabi ialah seorang hamba Allah yang beriman, menguasai ilmu syariah
secara mendalam dan mempunyai pengabdian diri yang sangat tinggi terhadap
Allah. segala ilmu yang ada, mereka curahkan kepada masyarakat tanpa ada
sedikit pun ilmu yang disembunyikan oleh mereka.
0 comments:
Post a Comment