MESIR PURBA: TAMADUN GEMILANG DALAM SENI DAN SAINS
Mesir purba yang mempunyai lebih pengetahuan dan pengalaman
merupakan antara peradaban manusia yang paling mengagumkan dari segi
seni dan sains, serta tidak mustahil mereka merupakan sumber yang
diwarisi oleh sesetengah masyarakat primitif. Di kalangan masyarakat
Mesir, golongan yang menyimpang, agama pagan, terdapat pekerja-pekerja
Yahudi dengan pengetahuan seni yang berasal dari zaman Nabi Nuh (as)
dan Nabi Ibrahim (as). Mereka yang berkemahiran ini menggunakan ilmu
yang dipelajari daripada nabi-nabi terdahulu.
Pencapaian masyarakat Mesir masih belum dapat ditandingi oleh
kebanyakan negara moden hari ini. Di pelbagai kawasan di Asia, Amerika
Selatan, atau Afrika, termasuk Mesir sendiri, kehidupan yang lebih ke
hadapan daripada tamadun lalu masih berjalan. Peradaban Mesir purba
yang menempa pelbagai kejayaan hebat terutamanya dalam bidang
perubatan, anatomi, perancangan bandar, senibina, seni halus dan
tekstil, kini terus dikaji oleh ramai saintis dengan keterujaan dan
ketakjuban.
Asal-usul Perubatan Mesir Purba
Kecanggihan yang dicapai oleh ahli-ahli fizik di zaman Mesir
purba amat mengagumkan. Banyak hasil penemuan yang menghairankan
ahli-ahli arkeologi kerana tiada sejarawan yang menjangka teknologi
tinggi seperti itu dari peradaban yang wujud dalam tahun 3,000 BC.
Analisis X-ray ke atas mumia mendapati bahawa pembedahan otak telah dilakukan di zaman Mesir purba.
Tambahan pula, operasi tersebut dilaksanakan dengan menggunakan
teknik-teknik yang lebih profesional. Apabila tengkorak mumia yang
menjalani pembedahan diperiksa, didapati bahawa pemotongannya telah
dilakukan dengan kemas. Tulang tengkorak yang kembali bercantum
membuktikan yang pesakit mampu hidup lama selepas pembedahan tersebut.
Satu lagi contoh dalam bidang perubatan.
Kemajuan yang besar dicapai pada kurun ke-19 berdasarkan perkembangan
pantas dalam sains ujikaji, termasuk penemuan antibiotik. Walau
bagaimanapun, perkataan 'penemuan' tidak seberapa tepat kerana
kebanyakan teknik berkenaan telah diketahui oleh masyarakat Mesir purba.
![]() Mayat Mesir Firaun Tutankhamen dipelihara di dalam dua keranda, satu di dalam yang lain. |
Bukti penting berkaitan kemajuan masyarakat Mesir dalam bidang
sains dan anatomi boleh dilihat pada mumia-mumia yang mereka
tinggalkan. Mereka menggunakan ratusan teknik berbeza dalam proses yang
membolehkan tubuh hidupan disimpan untuk ribuan tahun.
TProses mumifikasi adalah sangat kompleks.
Pertama, otak dan organ dalaman mayat dikeluarkan dengan alatan khas.
Peringkat seterusnya melibatkan penyahhidratan tubuh selama 40 hari
dengan menggunakan natron. (Natron adalah sejenis garam mineral,
kandungan utamanya adalah campuran sodium bikarbonat dan sodium
karbonat dengan sedikit sodium klorida dan sodium sulfat.) Selepas
cairan berlebihan dalam badan dikeluarkan, rongga badan kemudian
dipenuhkan dengan kain linen, pasir atau habuk kayu. Kulit disapukan
dengan campuran herba khas dan seterusnya dilapis dengan cairan damar
untuk melindunginya. Akhir sekali, tubuh tersebut dibungkus dengan
balutan kain linen.
Menjadi mumia, yang dijalankan tanpa merosakkan bentuk badan dan dengan mengekstrak semua organ-organ dalaman si mati, menunjukkan bahawa mereka yang dilakukan itu mempunyai pengetahuan yang cukup anatomi tahu kedudukan semua pelbagai organ-organ.
Agak selain daripada teknik-teknik membuat mumia, orang Mesir 5,000 tahun lalu yang dinikmati pelbagai kecanggihan perubatan yang lain. Sebagai contoh:
![]() Papirus Smith, yang menerangkan bagaimana orang-orang Mesir purba digunakan pembalut dibuat daripada linen. |
Paderi Mesir yang terlibat dalam perubatan merawat banyak
penyakit di kuil mereka. Seperi juga hari ini, ramai doktor Mesir yang
mengkhusus dalam pelbagai cabang perubatan. Setiap doktor memberi
perkhidmatan mengikut kepakaran masing-masing.
Para doktor di Mesir dikawalselia oleh Negara. Sekiranya
pesakit gagal untuk sembuh atau meninggal dunia, kerajaan akan
menyiasat puncanya dan menentukan sama ada cara rawatan yang digunakan
oleh doktor bersesuaian dengan undang-undang. Jika didapati berlaku
kesilapan semasa rawatan, doktor tersebut akan didenda mengikut rangka
perundangan yang ditetapkan.
Setiap kuil memiliki makmal yang serba lengkap di mana ubatan disedia dan disimpan.
Kejayaan pertama dalam farmakologi, dan penggunaan balutan dan
tekapan, bermula di zaman Mesir purba. Papirus Smith (yang sepenuhnya
berkaitan dengan perubatan) menerangkan bagaimana jalur perekat linen -
bahan yang sesuai untuk membuat balutan - digunakan untuk menutup
luka.
Penemuan arkeologi telah mendedahkan satu gambar terperinci
berkenaan amalan perubatan di Mesir. Tambahan pula, nama dan gelaran
lebih daripada 100 orang doktor yang mengkhusus dalam bidang
masing-masing telah ditemui.
Ukiran timbul pada dinding sebuah kuil di Kom Ombo menunjukkan
ukiran sebuah kotak peralatan pembedahan. Kotak ini mengandungi
kekacip logam, pisau bedah, gergaji, kuar, spatula, cangkuk kecil dan
angkup.
Teknik-teknik yang digunakan adalah pelbagai. Bukaan dan
retakan ditetapkan, splin digunakan dan luka ditutup dengan jahitan.
Retakan yang berjaya sembuh selepas rawatan boleh dijumpai pada
kebanyakan mumia.
Walaupun tiada kesan pembedahan ditemui pada kebanyakan mumia,
terdapat 13 rujukan kepada jahitan pembedahan pada Papirus Smith. Ini
membuktikan bahawa masyarakat Mesir purba mengurus luka pembedahan
dengan baik dan menggunakan benang linen. Jarum dalam segala
kemungkinan diperbuat daripada tembaga.
Doktor-doktor Mesir dapat membezakan antara luka yang tidak
berkuman dan yang dijangkiti kuman. Mereka menggunakan campuran lemak
kambing gurun, minyak fir dan kacang pis hancur untuk membersih luka
yang dijangkiti.
Penisilin dan antibiotik hanya ditemui
baru-baru ini. Walau bagaimanapun, masyarakat Mesir purba telah
menggunakan versi organik pertama ubatan ini dan juga jenis-jenis
antibiotik yang lain, serta menulis penerangan bersesuaian untuk
pelbagai jenis penyakit.
Seiring dengan perkembangan besar dalam bidang perubatan,
penggalian juga telah mendedahkan bahawa mereka sangat berminat dalam
perkara seperti perancangan bandar dan senibina.
Perkembangan Ilmu Kaji Logam Di Mesir Purba
Secara asasnya, ilmu kaji logam merupakan cabang sains dan
teknologi yang melibatkan penapisan daripada bahan-bahan kasar,
pembentukan dan pemeliharaan pelbagai jenis logam dan sebatiannya.
Kajian terhadap tamadun Mesir purba menunjukkan bahawa sekitar 3,000
dan 3,500 tahun dulu, masyarakat Mesir merupakan pakar dalam
pengekstrakan dan penghasilan pelbagai mineral dan logam, terutamanya
emas, tembaga dan besi. Ilmu kaji logam yang jauh berkembang membuktikan
bahawa mereka lebih maju dalam pencarian, pengekstrakan dan
penghasilan bijih, serta mempunyai ilmu kimia yang baik.
(1, 2) Finely worked pectorals of the king, crafted of gold, silver and semi-precious stones
(3) A pair of finely crafted sandals
(4) A small, long-spouted pitcher made of hard gold still maintains its strength and brightness.
Kajian arkeologi telah mendedahkan bahawa masyarakat Mesir telah
mula menghasilkan kerja terperinci berkenaan bijih tembaga dan sebatian
logam sekitar 3,400 SM Dalam Dinasti Keempat (sekitar 2,900 SM),
kajian dan operasi perlombongan diawasi oleh pegawai-pegawai
berkedudukan tinggi dan dipercayai dikawal selia oleh anak-anak Firaun.
Masyarakat Mesir purba juga menggunakan besi sebagai tambahan
untuk tembaga. Timah digunakan untuk menghasilkan gangsa, dan kobalt
untuk mewarna kaca. Logam yang tidak terdapat secara semulajadi di
Mesir telah diimport dari wilayah lain, terutamanya Parsi.

(6) A gold-plated wooden chest set on a silver-plated sledge
(7) A pectoral made of gold, lapis lazuli and turquoise, discovered at Tanis
Hasil kerja halus dalam batu-batu permata menunjukkan bahawa alat tukang emas yang canggih ini telah bekerja. Jika tiada apa-apa kelengkapan, mutu kerja denda itu adalah mustahil. Kualiti dan makanan istimewa mutu kerja emas Mesir adalah sama dengan hari ini.
Logam yang sering digunakan dan paling dihargai adalah emas. Ratusan
lombong emas telah ditemui di Mesir dan sebahagian Sudan. Sekeping
papirus kurun ke-14 sebelum Masihi mengandungi pelan-pelan lombong emas
berhampiran Apollinopolis, sekaligus membuktikan kemahiran masyarakat
Mesir berkaitan bidang berkenaan. Papirus tersebut menerangkan tentang
pembinaan lebih daripada 1,300 buah kediaman pekerja di sekitar
lombong. Ini menjelaskan tentang kepentingan pertukangan emas dan seni
permata hiasan dalam Mesir kuno. Sesungguhnya, ratusan objek emas
hiasan yang ditemui dalam penggalian arkeologi adalah bukti bahawa
masyarakat Mesir purba merupakan pelombong dan pekerja logam yang pakar.
Ini juga menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengetahuan
saintifik dan teknologi yang diperlukan untuk mengenal pasti logam,
mengekstrak bijih daripadanya, menghaluskan logam dan mengekstraknya,
kemudian menggabungkannya untuk menghasilkan aloi.
Perancangan Bandar Dan Infrastruktur Mesir Purba
Iklim yang kering telah meninggalkan banyak petunjuk berkaitan
tamadun Mesir, sekaligus membuktikan bandar Mesir kuno telah mempunyai
kemudahan asas yang jauh berkembang.
![]() Satu petunjuk kemajuan peradaban orang Mesir adalah pasti pengetahuan seni bina dan kejuruteraan. |
Infrastruktur yang maju itu menunjukkan bahawa mereka yang
membina bandar-bandar berkenaan pastinya telah memiliki ilmu yang
mendalam tentang kejuruteraan dan senibina. Berapa dalam tapak bawah
tanah perlu digali, di mana gelegar sokongan perlu diletakkan,
bagaimana untuk merancang sistem pengudaraan yang efektif, aturan
laluan untuk air bersih dan kotor agar tidak bercampur, dan banyak lagi
perincian yang perlu dipertimbangkan. Paling penting, tiada ruang untuk
sebarang kesilapan dalam semua perkara tersebut. Masyarakat Mesir
purba tahu kesemua teknik yang diperlukan, dan bangunan-bangunan yang
mereka dirikan membuktikan perkara ini.
Teknik-teknik senibina yang mereka aplikasikan di masa 3,000
BC amat profesional dan bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai
kesukaran dan masalah berkenaan infrastruktur. Air merupakan antara
elemen terpenting untuk negara kering seperti Mesir. Kenyataannya,
mereka berjaya menemui penyelesaian terbaik berhubung masalah ini,
iaitu dengan menyertakan tangki bina dalam untuk menyimpan air.
Simpanan air yang banyak ditemui di kawasan
oasis Fayum merupakan sebahagian daripadanya. Masyarakat Mesir juga
membina beberapa tasik buatan untuk memastikan kelangsungan kehidupan
di bahagian-bahagian tertentu. Tasik-tasik kecil yang menerima air dari
Sungai Nil ini memungkinkan kewujudan peradaban yang maju di tanah
gersang Mesir. Mereka membina Tasik Moeris, yang terletak 80 kilometer
(50 batu) di barat daya Cairo hari ini, bertujuan untuk menakung air
dari Sungai Nil melalui terusan. Penempatan dan rumah ibadat telah
didirikan berhampiran takungan ini.
Pengetahuan masyarakat Mesir dalam bidang kejuruteraan,
perancangan bandar dan perubatan serta bagaimana ia harus diaplikasikan
merupakan sebahagian bukti berkaitan tamadun gemilang yang pernah
mereka miliki.
Pengetahuan dan tindakan yang mereka laksanakan sekali lagi
menolak pendapat bahawa masyarakat berkembang daripada peringkat
primitif kepada tahap bertamadun. Masyarakat yang hidup 5,000 tahun
lalu memiliki tahap peradaban yang jauh lebih maju daripada sesetengah
komuniti yang hidup di negara yang sama pada hari ini, sesuatu yang
tidak mampu dijelaskan dari segi 'perkembangan evolusi'. Semasa
masyarakat Mesir purba menikmati peradaban gemilang mereka, tidak dapat
dinafikan bahawa terdapat lebih banyak komuniti yang hidup dalam
keadaan serba mundur di Afrika dan lain-lain bahagian di dunia. Tetapi
tiada seorang pun di antara mereka yang mempunyai ciri-ciri yang kurang
daripada manusia, apatah lagi sifat-sifat seperti beruk. Masyarakat
Mesir, mereka yang hidup dalam keadaan primitif pada masa yang sama,
termasuk juga komuniti yang hidup ratusan ribu tahun dahulu, telah
sekian lama sememangnya manusia seperti hari ini dalam segala aspek.
Walaupun sebahagian komuniti mungkin hidup serba maju dan sesetengah
lagi hidup penuh kekurangan, tetapi ini tidak membuktikan bahawa
manusia berasal daripada beruk atau pun sebuah bangsa berkembang
daripada bangsa lain, seperti mana yang didakwa oleh para evolusionis.
Tafsiran seumpama itu hanya sekadar penyimpangan sains, kewarasan dan
logik.
Pencapaian Masyarakat Mesir Purba Dalam Bidang Tekstil
![]() Contoh linen, bertarikh kembali ke Mesir Purba |
Serpihan kain linen yang
wujud sejak 2,500 SM menunjukkan bahawa masyarakat Mesir purba telah
menghasilkan fabrik berkualiti tinggi dari segi bahan dan tenunan. Walau
bagaimanapun, perkara yang paling penting adalah perincian tenunan
pada kain tersebut. Masyarakat Mesir purba pada waktu itu telah
menghasilkan gentian halus seperti mana hari ini yang dihasilkan dengan
bantuan mesin dan teknologi maju, dan linen pada waktu itu telah
digunakan untuk membungkus mumia. Tenunan halus pada fabrik-fabrik
berkenaan sangat mengagumkan para ahli kaji Mesir purba. Spesimen-spesimen tersebut teramat halus hinggakan seseorang
memerlukan kanta untuk membezakannya daripada sutera, dan
fabrik-fabriknya setanding dengan hasil kerja mesin tenun hari ini. Sehingga kini, fabrik tersebut mahsyur dek kerana kualitinya, dan
linen yang dihasilkan oleh masyarakat Mesir pada hari ini terhutang
budi pada tukang tenun yang hidup pada 2,000 SM dahulu.
Pencapaian Matematik Yang Lebih Unggul
![]() The Rhind Papyrus |
Nombor telah digunakan oleh masyarakat Mesir
purba sejak dari awal lagi. Banyak papirus dari tahun 2,000 SM yang
menerangkan masalah matematik telah ditemui. Empat daripadanya yang
sering menjadi rujukan dikenali sebagai serpihan Kahun, dan papirus
Berlin, Moscow dan Rhind. Dokumen-dokumen berkenaan menyatakan beserta
contoh tentang asas-asas pengiraan. Mereka tahu bahawa segitiga dengan
sisi berukuran 3:4:5 adalah segitiga tepat, dan menggunakan pengetahuan
ini (kini dikenali sebagai Teorem Pitagoras) dalam pengiraan pembinaan
mereka.
Tambahan pula, mereka tahu perbezaan antara planet dengan
bintang. Mereka memasukkan beberapa bintang yang sukar dilihat dengan
mata kasar ke dalam senarai kajian astronomi mereka.
Dek kerana hidup mereka bergantung kepada
Sungai Nil, mereka perlu memeriksa parasnya semasa banjir tahunan
berlaku. Meraka mencipta 'Nilometer' untuk mengukur aras ketinggian air
sungai, serta melantik beberapa pegawai untuk tugas itu.
Teknologi Pembinaan Yang Penuh Misteri
Struktur paling penting yang telah dibina oleh masyarakat
Mesir purba, yang mana ramai pelawat masih terpegun hari ini, adalah
piramid. Piramid Giza adalah yang paling istimewa dan dianggap sebagai
binaan batu yang paling besar di dunia sehingga ke hari ini. Sejak
zaman Herodotus, ramai ahli sejarah dan arkeologi telah mengemukakan
pelbagai teori tentang pembinaan piramid. Sebahagian berpendapat bahawa
hamba abdi telah digunakan dalam pembinaannya dan mengandaikan
beberapa teknik berbeza, daripada teknik tanjakan sehingga kepada
piramid berteres. Gambaran lengkap yang wujud hasil daripada teknik
andaian ini adalah seperti berikut:
- Piramid dibina oleh hamba abdi, dengan jumlah mereka yang amat ramai, dalam lingkungan 240,000 orang.
- Tanjakan digunakan dalam pembinaan piramid, kemudian mengambil masa lebih kurang lapan tahun untuk meleraikan tanjakan tersebut selepas pembinaannya.
Menurut seorang jurutera sivil Denmark,
Garde-Hanson, teori tersebut adalah karut, ini kerana apabila tanjakan
telah dileraikan, saki-baki blok batuan gergasi akan ditinggalkan.
Tetapi tiada bukti dapat dilihat di mana-mana.
Sambil menyatakan bahawa Garde-Hanson telah mengambil kira
pelbagai aspek yang telah diabaikan oleh ahli teori yang lain, Moustafa
Gadalla dalam bukunya yang berjudul Historical Deception: The Untold
Story of Ancient Egypt telah berkata:
Cuba bayangkan statistik yang menghairankan sewaktu melawat piramid: 4,000 pekerja kuari menghasilkan 330 blok batuan setiap hari tanpa henti. Setiap hari pada musim banjir, 4,000 blok dibawa ke Sungai Nil, dibawa menyeberang, diheret di atas tanjakan ke dataran Giza, dan diletakkan di bahagian teras - 6.67 blok setiap minit! Bayangkan 6.67 blok dalam setiap 60 saat!
Tambahan pula, harus diingat bahawa kawasan
permukaan setiap piramid adalah lebih kurang 5.5 ekar. Maka 115,000
batu lapisan diperlukan untuk setiap permukaan. Batuan ini telah
diletakkan dengan cermat di tempat sepatutnya yang mana ruang di antara
mereka terlalu kecil untuk memuatkan walaupun sekeping kertas.
Ini hanyalah sebahagian sanggahan yang membuktikan bahawa
misteri pembinaan piramid belum dapat diselesaikan oleh sains dan
technologi abad ke-21.
STRIKING FACTS ABOUT THE GIZA PYRAMIDS

Sudut Piramid Agung membahagikan kawasan delta Nil kepada dua bahagian yang sama.
- Tiga piramid Giza telah diatur bagi membentuk segitiga Pythagoras , yang pihak mempunyai 03:04:05 perkadaran ini.
- Peratusan antara ketinggian piramid dan lilitan adalah sama dengan hubungan di antara jejari bulatan dan lilitan itu.
- Piramid adalah sebuah jam matahari gergasi. Bayang-bayang ia membuang antara pertengahan bulan Oktober dan awal bulan Mac mencerminkan musim dan panjang tahun ini. Panjang papak batu di sekitar piramid adalah bersamaan dengan panjang bayang-bayang satu hari.
- Panjang biasa asas persegi piramid adalah sama dengan 365,342 kilometer Mesir ( unit ukuran masa) . Ini adalah sangat dekat dengan bilangan hari dalam satu tahun solar (yang telah dikira pada 365,224 hari).
- Jarak antara Piramid Besar dan pusat Bumi bersamaan dengan hubungan di antara piramid dan Kutub Utara.
- Dalam piramid, perimeter asas dibahagikan dengan dua kali kemuncaknya ialah bilangan Pi.
Jumlah kawasan permukaan empat sisi piramid adalah sama dengan kuasa dua ketinggiannya.
Jika Seseorang Berhasrat Untuk Membina Semula Piramid.
![]() The Great Pyramid of Cheops (Khufu) terdiri daripada 2.5 juta blok batu. Menganggap bahawa sepuluh blok diletakkan setiap hari-yang memerlukan usaha yang besar di pihak pekerja-maka ia akan mengambil masa 684 tahun untuk meletakkan semua 2.5 juta blok. Namun ia berfikir bahawa piramid itu dalam soalan mengambil purata hanya 20 hingga 30 tahun untuk membina. Hanya pengiraan ini mudah mendedahkan bahawa apabila membina piramid, orang-orang Mesir menggunakan teknologi yang sangat berbeza dan unggul. |
Pada tahun 1978, Indiana Limestone Institute
of America, Inc. - antara peneraju dunia dalam bidang batu kapur -
menjalankan kajian yang merangsang pemikiran untuk mengetahui apakah
saiz tenaga kerja dan apakah bahan yang diperlukan untuk membina
piramid yang sama seperti Piramid Giza. Pegawai syarikat tersebut
menjelaskan cabaran yang ada, dan maklum bahawa jika purata pengeluaran
hari ini ditambah tiga kali ganda, penggalian, pembuatan dan
penghantaran batu kapur sebanyak itu akan mengambil masa lebih kurang
27 tahun. Tambahan pula, semua pekerjaan ini dijalankan dengan
menggunakan teknologi moden Amerika - dengan kata lain, penukul
hidraulik dan gergaji elektrik bermata kristal. Usaha yang amat banyak
diperlukan untuk melombong dan menghantar batu kapur, tidak termasuk
ujian makmal yang diperlukan untuk pembinaan piramid, juga tidak
termasuk kerja-kerja persediaan yang lain.
Jadi bagaimana masyarakat Mesir purba membina piramid gergasi
ini? Apakah jenis kuasa, mesin, dan teknik yang digunakan untuk
mendirikan teresan batuan ini? Bagaimanakah makam batu tersebut diukir?
Bagaimana pencahayaan dibekalkan semasa pembinaan? (Tiada jelaga dan
kotoran dijumpai pada dinding atau siling piramid dan makam.) Bagaimana
blok batuan dipindahkan dari kawasan perlombongan, dan bagaimana
bentuk permukaannya yang berbeza-beza dilicinkan? Bagaimana blok-blok
yang seberat beberapa tan ini diangkut dan dipadankan bersama sehingga
ke tahap ketepatan 1/1000 setiap sentimeter? Banyak lagi pertanyaan
yang boleh dikemukakan. Namun dapatkah persoalan-persoalan ini dijawab
dengan cara yang logik dan rasional menerusi salah faham evolusionis
terhadap sejarah manusia? Tentu saja tidak!
Dengan seni, perubatan dan budaya mereka, masyarakat Mesir
purba menghasilkan tamadun yang amat luas. Hasil kerja, terapi
perubatan yang diguna, dan pengetahuan mendalam serta pengalaman yang
dimiliki merupakan sebahagian bukti penting tentang ketamadunan mereka.
Bahkan ada sesetengah saintis hari ini mendakwa bahawa kerja
masyarakat Mesir purba - yang menurut pandangan teori evolusi,
pembinaannya pasti terlalu sukar - sebenarnya didirikan oleh pelawat
dari luar bumi.

Bangunan yang dibina oleh masyarakat lalu menggunakan batu gergasi menunjukkan bahawa mesin yang serupa dengan yang digunakan dalam pembinaan moden mesti telah bekerja pada masa lalu. Kemiripan objek ini hiasan emas untuk jentera pembinaan adalah menarik. Ditemui di Panama pada tahun 1920, perkara ini dipercayai telah digantung sebagai liontin. Ini dan penemuan yang sama menafikan dakwaan evolusionis bahawa masyarakat lalu telah benar-benar primitif. Terdapat kemajuan yang ketara dalam teknologi dan pengetahuan yang terkumpul sepanjang perjalanan sejarah, tetapi ini tidak bermakna bahawa orang-orang pada masa lalu hidup seperti haiwan. Masyarakat lalu membangunkan pelbagai alat-alat dan jentera yang digunakan dalam cahaya keperluan mereka sendiri.
Atas kanan: model Kemungkinan daripada backhoe tempoh yang
Bawah kanan: Model sebuah backhoe masa kini
![]() Terperinci belakang panel takhta diraja Tutankhamen ini, Kaherah, Muzium Mesir |
Tentunya dakwaan sedemikian tidak masuk akal dan tidak logik.
Tetapi evolusionis tetap berselindung kerana para pelopornya tidak
mampu memberi penjelasan yang lebih baik. Pertama sekali, tiada sedikit
pun bukti yang menyokong pandangan mereka. Sebaik tersedar bahawa
mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan sebarang penjelasan
berdasarkan kepada kebetulan atau proses evolusi khayalan, mereka terus
bersembunyi di sebalik idea 'makhluk angkasa'. Sebenarnya, pandangan
karut ini dikemukakan di saat mereka mengetahui bahawa DNA di dalam sel
nukleus dan protein pertama, yang mewakili binaan blok asas kehidupan,
mempunyai struktur yang jauh lebih kompleks dan luarbiasa untuk
terwujud secara kebetulan daripada benda mati. Jadi, kononnya makhluk
angkasalah yang membawa organisma hidup pertama di bumi lalu
meninggalkannya. Dakwaan karut ini adalah petunjuk bahawa para
evolusionis berada dalam keadaan terdesak.
Peradaban Mesir purba dan tamadun lain sepanjang sejarah telah
dipelopori oleh golongan yang mempunyai kewarasan dan keinginan. Hari
ini, kita kagum melihat banyak artifak yang berasal dari tahun 3,000
BC, sementara para saintis dan pakar berdebat mengenai cara semua ini
dibina. Tetapi yang pentingnya ialah peradaban 5,000 tahun lalu, yang
kesannya masih dapat dilihat pada hari ini, amat jelas telah dibina
dengan pengalaman dan pengetahuan mendalam yang berusia lebih ribuan
tahun. Dalam erti kata lain, asal-usul peradaban purba ini bahkan
berusia lebih tua. Ini bermakna bahawa sejak dari zaman paling awal
lagi, tiada manusia primitif separa beruk yang ketiadaan upaya
bertutur, dan hidup bergantung semata-mata pada perburuan, seperti yang
didakwa oleh penganjur sejarah evolusi. Sejak pertama kali diciptakan,
manusia telah menikmati sifat dan karakter yang sama seperti
kebijaksanaan, konsep kecantikan, kefahaman, kesedaran dan nilai-nilai
moral, seperti mana manusia hari ini.
0 comments:
Post a Comment