Membebaskan diri dari genggaman pandangan manusia
Segar, baru , tenang
Menghambakan diri pada yang Abadi
Pada yang Hakiki
Setelah lama terbuai oleh manisan dunia
Syukur Allah masih memberi peluang
Membina keyakinan baru
Membina harapan baru
Membina hati yang baru
Allahu Allah
Terima kasih kerana masih setia
Walaupun aku telah lama curang
Allah
Terima kasih kerana mempercayai aku akan pulang
Menyebarkan cintaMu pada ummah
Allah
Terima kasih kerana memberi
Walaupun selama ini aku menerima tanpa syukur
Aku kufur
..Allahu Allah..
Bilamana
ada yang berubah menjadi lebih baik, maka buatlah kerana Allah..nescaya
perubahan itu akan kekal keranaNya. Akan teguh keranaNya. Akan
diperjuangkan keranaNya juga. Ketahuilah lidah manusia ini lebih tajam
dari pedang,, boleh menusuk hati manusia yang sehingga lukanya tidak
mengalir lagi dan airmatalah yang menjadi pengganti. Pernah dahulu
ketika saya mula-mula berjinak dengan pakaian longgar, dengan sarung
tangan, dengan sarung kaki. Ada rakan sekelas yang menegur. Beliau
lelaki. Katanya saya nampak berbeza. Saya senyum. Dia bertanya adakah
saya mahu berubah menjadi ustazah? Saya menggeleng,saya tidak mahu
menjawab. Dengan ilmu yang sedikit ini, saya belum mampu menjawab
sekiranya ada soalan lain yang timbul. Saya senyum lagi. Sungguh, senyum
itu penawar buat saya. Walaupun pura-pura. Saya bukan mahu menjadi
ustazah, saya mahu menjadi manusia yang bersyukur atas pemberian Allah.
Saya mahu menjadi muslim yang semuslimnya. Saya mahu Islam, saya mahu
Allah, saya mahu hati yang meletakkan cinta Allah itu paling atas.
Hati
juga daerah paling susah ditarbiyyah. Sungguh, susah. Tiada pelajaran
yang lebih susah daripada menjadi ikhlas. Tiada daerah paling sukar
dijajah melainkan hati. Saat pertama saya mahukan Islam, saya HARUS
mendekatinya. Sebelum mendekatinya, saya perlu mengenalinya. Ramai
kenalan saya yang hanyut kerana hanya mengamalkan Islam tanpa ilmu.
Ramai ikhwah memberi nasihat apapun yang ingin saya lakukan, “SILA
BERAMAL DENGAN ILMU”. Begitu juga Islam. Islam ini agama paling mudah
bagi saya. Paling mudah dicontohi kerana baginda Rasulullah telah
meninggalkan sunnah. Agama paling mudah dijadikan amalan hidup. Baginda
Rasulullah telah meninggalkan Al-Quran sebagai pedoman. Ikhlas itu
susah. Tetapi pura-pura ikhlas itu mudah. Ikhlas itu seperti semut hitam
diatas batu hitam dimalam yang kelam. Tidak nampak tetapi dirasai.
Ikhlas itu tidak perlu diutarakan. Cukup didalam hati, In sha Allah apa
yang lahir dari hati, akan sampai kehati juga.
Jadi mengapa
berubah demi manusia yang nantinya kita ditimbal oleh Allah? Mengapa
mengharap pujian manusia sedang Allah jualah yang berhak kita penuhi
tuntutannya. Allah, masih juga memberi kita nafas walau telah lama kita
menumpang didunia milikNya dengan sombong. Maka rugilah bagi mereka yang
lalai. Allah, masih juga memberi nyawa sedang kita setiap hari kita
digelumang maksiat. Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?
Muslimat, mukminat.. muslimat itu istimewa sekali..
Muslimat itu adalah bidadari Islam..
Saya kira muslimat itu adalah yang bertudung labuh,
Yang memakai sarung kaki,
Yang sentiasa berzikir..
Tidak
Muslimat itu adalah wanita perempuan Islam
Yang terlalu istimewa jika dibandingkan dengan wanita-wanita lain.
Dia punya kekuatan,
Tapi..
Kekuatannya didalam lembutnya wanita
Dia punya ketegasan,
Tapi..
Ketegasannya didalam santunnya seorang wanita..
Muslimat, serikandi Islam..mujahiddah solehah..
Saya
melihat anak muda kini semangatnya menuju jalan Allah bukan main-main.
Semangat ini yang merendahkan nilai diri saya berbanding mereka. Kalau
dilihat semangat mereka ini mereka ekspresikan dalam penulisan, dalam
usrah seharian, dalam pengembaraan menuntut ilmu Allah, dalam
bersungguhnya menjadi barisan hadapan dalam menentang musuh. Saya
melihat saya masih didalam tempurung yang ini juga. Saya masih terlena.
Malangnya, tiada siapa berani mengejutkan saya. Saya berfikir, kalau
tidur seharian menunggu dikejutkan dan kalau tiada dikejutkan, maka saya
tidak bangun, jadi, saya tidak perlu bangunkah untuk hari itu? Jadi,
hidup dakwah ini bukan hidup menunggu orang lain, jalan ini bukan
mengharap orang lain. Ini bukan istilah dakwah sesungguhnya. Dakwah ini
saya perlu sendiri jika perlu. Dakwah ini saya perlu kuat menahan cacian
makian. Kerana inilah makanan dunia akhir zaman. Dakwah ini juga
bukanlah harus ke negara luar demi mempertahankan umat Islam disana. Itu
bonus sahaja. Tidaklah Allah membebankan hamba-hambaNya. Dakwah juga
cukup sekiranya kita ditempurung itu juga, saling mengingatkan rakan
lain yang sama-sama dibawah tempurung itu tadi untuk menuju redha Allah.
Saya WAJIB mencorakkan semula kerja-kerja saya. Mengikut Islam
sesungguhnya. Bagaimana? Dengan menggerakkan tenaga ummah agar mampu
menggerakkan sendi mereka bersujud pada Allah dinihari. Nampak seperti
mudah. Tetapi pengurusan manusialah paling sukar dikuasai oleh mana-mana
pemimpin kini yang dahulunya Rasulullah SAW paling bijak dalam
menangani manusia. Erti hidup dalam memberi. Memberi pada ummah, memberi
walau sedikit,memberi walau tiada.
Konteks
TIADA inilah yang seringkali menahan para ikhwan untuk bergerak lebih
agresif dalam dunia dakwah ini. Padahal mereka lupa Allah paling suka
hambanya memberi dalam keadaan dia tiada apa untuk diberi.
:TIADA wang untuk ke Syria seperti Ahmad Ammar:
Padahal
kita masih boleh melakukan kerja solidarity ini diMalaysia. Peluang
kita memberi masih lagi luas dikalangan rakyat Malaysia.
:TIADA ilmu untuk dihebahkan:
Ilmu
milik Allah. Apa yang anda tahu walau sedikit, kongsikanlah. Dengan
izinNya ia akan bertambah. Seperti air yang mengalir, ia akan berguna
tetapi berbeza dengan air yang tetap disitu, ia akan dicemari.
:TIADA kekuatan dalam berdakwah:
MEDIUM KINI:
Sebagai
pelajar jurusan komunikasi, saya melihat medium rangkaian yang
ditawarkan kini lebih kepada memecahbelahkan ummah ini khususnya. Medium
yang membebaskan pergaulan, medium yang menjadikan wanita sebagai
tatapan seluruh umat manusia, medium yang menghalalkan segala cara
sedang dalam Islam, harus ada halal dalam pelaksanaan.
Wadah yang ditawarkan adalah bertujuan melekakan, menghanyutkan, dan memecahbelahkan umat Islam.
Siapa
yang menubuhkan medium seperti Facebook, Instagram, Keek, Yahoo
Massenger, Wassap, Wechat? Bukankah Yahudi itu lebih dahulu menyiasat
tentang musuhnya iaitu kita, Islam?
Apa yang dapat dilihat
daripada fenomena ini? Pertelagahan sesama muslim, pencanggahan pendapat
yang akhirnya menjadi pertelingkahan lidah. Pergaduhan sesama suami
isteri dipertontonkan oleh seisi manusia dibumi, wanita tanpa malu
mempamerkan siapa mereka sebenarnya.
Allah, inikah dunia akhir zaman?
Yahudi, musuh Islam selamanya.
Kini mereka menyerang menggunakan rangkaian seperti ini.
Rangkaian ini khususnya untuk darah muda, anak muda, belia.
Belia yang kudratnya masya Allah tidak tertanding. Kudratnya yang diperlukan oleh ikhwanul muslimin yang lain.
PEMIKIRAN YAHUDI:
Satu artikel yang ditulis oleh penulis artikel Yahudi tentang Islam adalah:
“Muslim ini sangat kuat berjihad dan mereka tidak takut berjihad tetapi satu kelemahan mereka, mereka malas membaca.”
Penulis lain marah kerana menganggap bahawa artikel ini akan membuatkan Muslim memperbaiki kelemahan dan akan bangkit
“Biar mereka dibuai oleh dunia maya ini sehingga mereka lupa rakan mereka yang sedang ditembak oleh bala tentera kita”
“Biar mereka bergaduh dialam maya ini yang membawa rusuhan seluruh dunia.”
“Biar mereka hanya membantu dialam maya ini. Cukup. Jangan biarkan mereka membantu dengan kudrat. Kudrat mereka luar biasa..”
“Biar mereka menatap wanita yang dahulunya dijaga dan disimpan rapi sehingga mereka tergoda dan akhirnya maksiat berleluasa.”
“Biar
wanita Islam ini mempamerkan apa yang sepatutnya mereka tutupi selama
ini, agar ajnabi tertarik dengan mereka. Biar mereka leka bercinta dan
akhirnya umat Muhammad yang sepatutnya lahir dengan halal biar dibunuh
dengan rela.”
“Biar umat Muhammad ini binasa. Biar apa yang Muhammad lakukan dulu sia-sia.”
Allah,
inilah mengapa saya katakan wadah ini dirancang. Inilah yang saya
maksudkan medium ini merosakkan. Inilah yang kita khayalkan. Inilah
manusia akhir zaman.
Kini, Yahudi sangat mengikuti data-data yang
dikirim melalui rangkaian ini agar mereka mudah memantau segala kegiatan
kita dialam maya ini.
Saya juga sebagai pelajar jurusan
komunikasi memantau sistem dalaman komunikasi kini tidak lagi luas untuk
umat Islam gapai. Tidak banyak ruang untuk kami memulihkan kembali
isyarat dan sistem ini. Tidak banyak yang boleh kami lakukan.
YES, I AM COVERING MY HAIR BUT NOT MY BRAIN. NOW,I AM EXPLORING YOUR BRAIN…
BY MUJAHIDDAH
Saya selalu menganggap ujian sebagai peluang.
TETAPI,
Mari kita ubah, medium ini kita ubah menjadi medium dakwah.
Medium ini kita ubah menjadi rangkaian silaturrahim, rangkaian ukhwah yang membentuk ketakwaan kita pada Allah.
Medium ini kita ubah menjadi peringatan pada mereka yang masih lena.
Medium ini perlu diubah sejajar dengan dakwah Islamiah.
ISLAM:
“Biar medium yang mereka cipta untuk memusnahkan kita menjadi perangkap buat mereka sendiri.”
“Biar medium yang mereka reka ini memakan bala tentera mereka sendiri.”
“Biar medium ini menjadi pelindung buat wanita muslimah”
“Biar medium ini menjadi peringatan bagi mereka yang masih leka.”
“Biar medium ini sendiri yang membinasakan mereka.”
Ataukah kalian mahu BIARkan hidup kalian binasa ditangan mereka?
BIARkan sahaja entri ini tanpa sebarang reaksi.
BIARkan kita diazab oleh Allah disebabkan apa yang kita lakukan dialam maya ini.
BIARkan saya berhujah tanpa pemerhati yang teliti.
BIARkan entri ini sepi.Kalian BIAR,saya akan tetap TEGAR.
0 comments:
Post a Comment