KESIMPULAN
Hakikat Keabadian Masa Tidak Seharusnya Diabaikan
Jumpaan sejarah dan arkeologi yang telah kita bincangkan dalam
buku ini membuktikan bahawa dakwaan penganjur teori Darwin tentang
evolusi sejarah dan manusia adalah kekarutan yang langsung tiada
pengesahan saintifik. Alasan untuk mereka bemati-matian menyokong
pandangan itu adalah disebabkan kegagalan materialisme. Seperti yang
kita sedia maklum, golongan materialis membuat kesilapan dengan menolak
hakikat penciptaan; percaya bahawa materi adalah satu-satunya entiti
yang wujud selamanya dan akan terus kekal abadi. Dengan kata lain,
mereka telah mendewakan materi. (Allah tentunya lebih daripada itu).
Namun, sains hari ini telah mencapai titik pengesahan yang membuktikan
bahawa alam semesta telah wujud daripada tiada (ia telah diciptakan),
sekaligus menyanggah semua teori dan falsafah yang menyokong
materialisme dan andaian materialis.
Sekalipun pendapat golongan materialis bertentangan dengan
bukti saintifik, namun mereka tidak boleh mengambil risiko menerima
materi sebagai satu ciptaan. Andainya mereka boleh lari daripada
prejudis dogmatik mereka barang sebentar, pasti mereka akan dapat
melihat kebenaran dan membebaskan diri mereka daripada cengkaman sihir
materialisme. Untuk melakukan ini, mereka hanya perlu meletakkan
pendapat tradisional mereka ke satu sisi, bersihkan diri mereka
daripada ketaksuban ideologi dan punyai minda terbuka.
Perkara pertama yang harus mereka fikirkan ialah sifat semulajadi
konsep masa, kerana golongan materialis menganggap masa, seperti juga
materi, adalah mutlak. Kepalsuan ini telah menghalang ramai daripada
mereka untuk melihat kebenaran. Sains moden telah membuktikan bahawa
masa merupakan terbitan materi. Seperti materi, masa juga telah
diciptakan daripada kosong. Ini bermakna masa mempunyai permulaannya.
Dalam kurun terbaru, masa juga telah didapati sebagai satu konsep
relatif; ia seperti mengubah persepsi dan bukan sesuatu yang stabil dan
kekal, sepertimana yang dipercayai oleh materialis selama berabad
lamanya.
Sifat Semulajadi Konsep Masa
Apa yang kita sebut 'masa' sebenarnya adalah cara yang mana
kita membezakan satu momen dengan momen yang lain. Contohnya, apabila
seseorang mengetuk sesuatu objek, dia akan mendengar bunyi tertentu.
Jika dia mengetuk objek sama sekali lagi, dia akan mendengar satu lagi
bunyi. Percaya bahawa terdapat hentian di antara dua bunyi, dia
memanggil jeda ini sebagai 'masa'. Tetapi sewaktu mendengar bunyi
kedua, bunyi pertama tadi hanya tinggal sebagai imaginasi dalam minda
dan sekadar secebis informasi dalam memorinya. Seseorang merumus
persepsinya terhadap masa dengan membezakan momen 'semasa' dengan apa
yang ada di dalam ingatannya. Tanpa membuat perbandingan ini, dia juga
tidak akan mempunyai persepsi tentang masa.
Julian Barbour, seorang ahli fizik popular mendefinisikan masa sebagai berikut:
Masa tidak lebih dari sekadar cara perubahan posisi sesuatu objek. Buah bandul jam berayun, maka jarum-jarumnya akan bergerak.
Secara ringkasnya, masa timbul hasil daripada
perbandingan maklumat yang tersimpan dalam otak. Sekiranya seseorang itu
tiada ingatan, otaknya tidak berupaya membuat tafsiran sebegitu, maka
dia tidak akan pernah membentuk sebarang persepsi masa. Seseorang
menentukan dirinya telah berumur 30 tahun hanya kerana dia mempunyai
pertambahan maklumat berkaitan 30 tahun itu. Andainya tiada memori, dia
tidak dapat memikirkan sebarang jangka waktu sebelumnya dan hanya
mengalami 'detik' tunggal yang sedang dilalui.
Konsep 'Masa Lalu' Kita Sekadar Informasi Dalam Memori
![]() Masa wujud sebagai perbandingan pelbagai ilusi di dalam otak. Jika seseorang tidak mempunyai memori, otaknya tidak dapat membuat analisis tersebut dan oleh itu tidak ada konsep masa. Jika orang tidak mempunyai kenangan, mereka tidak akan memikirkan satu tempoh masa yang lalu, tetapi pengalaman hanya "ketika" tunggal mereka tinggal masuk |
Dek kerana cadangan yang diterima, kita fikir kita hidup dalam
bahagian masa berbeza yang digelar masa lalu, kini, dan akan datang.
Namun, satu-satunya sebab kita memiliki konsep 'masa lalu' (sepertimana
yang telah dijelaskan tadi) ialah pelbagai kejadian telah tersimpan
dalam memori kita. Misalannya, kita mengimbas semula saat diterima
masuk ke dalam sekolah rendah lalu melihatnya sebagai peristiwa masa
lalu. Walau bagaimanapun, peristiwa akan datang masih belum berada
dalam ingatan kita. Maka kita menganggap perkara yang belum diketahui
ini sebagai kejadian yang akan dialami di masa akan datang. Tetapi,
sebagaimana masa lalu telah dilalui dari sudut pandangan kita, begitu
juga dengan masa akan datang. Namun, oleh kerana kejadian tersebut
belum disalurkan ke dalam memori, kita belum dapat mengetahuinya.
Sekiranya Allah memasukkan kejadian akan datang ke dalam
memori, maka bakal peristiwa itu akan menjadi masa lalu untuk kita.
Misalannya, seseorang yang berumur 30 tahun mengingati semula memori
dan kejadian 30 tahunnya, maka dia akan menganggap telah hidup selama
30 tahun. Jika bakal kejadian antara umur 30 dan 70 disalurkan ke dalam
memorinya, maka untuk individu 30 tahun ini, 30 tahun dan masa
depannya yang berada di antara 30 tahun dan 70 tahun akan menjadi masa
lalu buatnya. Dalam situasi ini, kedua-dua masa lalu dan masa depan akan
menjadi 'sekarang' dalam memorinya, dan setiap satu kejadian akan
menjadi pengalaman jelas padanya.
Oleh kerana Allah telah membuat kita menganggap peristiwa
dalam siri yang jelas, seolah-olah masa bergerak dari masa lalu ke masa
depan, Dia tidak memberitahu tentang masa depan ataupun menyalurkan
maklumat ini ke dalam memori kita. Masa depan belum berada dalam
memori, tetapi semua masa lalu dan masa akan datang manusia berada
dalam ingatan-Nya yang abadi. Ini seperti memerhati kehidupan manusia
seolah-olah ianya telah digambar dan disiapkan sepenuhnya dalam tayangan
gambar. Seseorang yang tidak boleh mempercepat wayang itu melihat
kehidupannya sementara rangka cerita berlalu satu demi satu. Dia silap
dalam memikirkan bahawa rangka cerita yang belum dilihat itu termasuk
dalam masa depan.
Sejarah Dunia Juga Satu Konsep Relatif
![]() Permulaan dan akhir Perang Dunia II, menembak roket yang pertama ke angkasa, meletakkan batu pertama dalam pembinaan piramid Mesir Purba, dan pendirian batu seberat tan di Stonehenge semua wujud dalam satu masa dalam sisi Allah. |
Semua fakta ini juga berkaitan dengan sejarah dan kehidupan
sosial. Kita melihat masyarakat dan sejarah dunia dalam rangka terhad
konsep masa dan ruang. Kita bahagikan sejarah ke dalam beberapa jangka
masa dan melihatnya dari perspektif konsep relatif ini.
Kita bergantung pada lima deria untuk hidup. Kita mengerti
hanya apa yang dibenarkan oleh deria, dan kita tidak akan pernah
berjaya melangkah keluar daripada sempadan deria kita sendiri. Masa dan
ruang di mana kita hidup dimengertikan dengan sama. Jika otak kita
tidak dapat mengesan kejadian menerusi lima deria tersebut, kita hanya
sekadar berkata bahawa peristiwa itu 'telah lenyap'. Maka, semua
kejadian, gambaran atau sensasi yang tersimpan dalam memori masih ada
untuk kita - yakni, ianya hidup, sementara yang dilupakan sudah tidak
wujud. Dengan erti kata lain, kejadian dan peristiwa yang tiada dalam
memori sebenarnya telah menjadi masa lalu buat kita. Mereka cuma telah
'mati' dan tidak wujud lagi.
Tetapi ini hanya benar untuk manusia kerana hanya merekalah
yang mempunyai memori yang terhad. Sebaliknya ingatan Allah adalah
lebih tinggi terhadap setiap sesuatu. Ianya tidak terhad dan abadi,
tetapi sesuatu perlu dinyatakan di sini: Istilah 'ingatan Allah'
digunakan hanya untuk tujuan penjelasan. Adalah amat jelas bahawa
sebarang perbandingan atau persamaan tidak boleh dibuat terhadap memori
Allah dan ingatan manusia. Allah adalah Yang Menciptakan setiap sesuatu
daripada kosong dan Yang Maha Mengetahui, sehinggalah ke titik paling
akhir.
Oleh kerana ingatan Allah adalah tidak berkesudahan, tiada
yang lahir di dalamnya yang pernah hilang. Dengan kata lain, tiada
ciptaan Allah yang pernah lenyap. Tiada bunga yang layu, tiada air
minuman yang kering, tiada jangka waktu yang berpenghujung, dan tiada
makanan yang dimakan sepenuhnya. Dalam bentuk pertamanya sebagai debu
awanan, alam semesta berada dalam penglihatan Allah; setiap detik dalam
sejarah wujud dalam pandangan Allah. Batuan Stonehenge didirikan,
piramid masyarakat Mesir dibina, masyarakat Sumeria meninjau
bintang-bintang, Neanderthal mencari nafkah untuk hidup mereka, gambar
gua Lascaux dilukis, manusia tinggal di Catal Huyuk, dan Perang Dunia
Ke-2 menggila. Begitu juga dengan masyarakat yang akan hidup ribuan
tahun dari sekarang yang akan berada dalam pemerhatian Allah, sekalipun
di masa mereka membina tamadun dan mengurus kehidupan.
Keabadian telah bermula untuk sesuatu kejadian atau peristiwa
semenjak diciptakan. Misalannya, apabila bunga diciptakan, ia
sebenarnya tidak ditakdirkan untuk lenyap. Bahawasanya ia berakhir
menjadi sebahagian daripada sensasi seseorang dan dipadamkan dari
ingatannya tidak bermakna bahawa ia lenyap atau mati. Keadaannya pada
pandangan Allah-lah yang menjadi persoalan. Tambahan pula, semua
peringkat kejadian ini sejak dari penciptaannya, menerusi setiap detik
kehidupan dan kematiannya, tetap wujud dalam memori Allah.
Kami telah berlainan warna untuk mereka supaya mereka boleh membayar perhatian tetapi kebanyakan manusia menolak dgn angkuhnya apa-apa lagi tetapi tidak percaya. (Al-Quran, 25:50)
![]() |
Pengakuan Jujur
Semua pengetahuan ini adalah yang terpenting dalam kehidupan
manusia. Ini pastinya bukan sebarang falsafah atau fahaman, tetapi
hasil daripada kesimpulan saintifik yang mustahil untuk dinafikan.
Besar kemungkinan ramai pembaca yang sedang mengaitkan fakta-fakta ini
dengan keabadiaan dan sifat sebenar masa untuk pertama kalinya dalam
hidup mereka.
Walau bagaimanapun, satu perkara penting perlu diingati: Allah melalui Al-Quran menyatakan bahawa:
(Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi
perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada
tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat
dan berbakti).
(Surah Qaaf, ayat 8)
yang memberi perhatian. Dengan kata lain, hanya mereka yang
benar-benar mencari bimbingan Allah dan menghargai kekuasaan abadi-Nya
yang akan mengambil berat terhadap penjelasan ini dan mendapat
pemahaman sepenuhnya daripada fakta-fakta tersebut.
Seseorang mungkin dipengaruhi oleh materialisme sepanjang
hidupnya. Dek kerana pengaruh ini, dia mungkin tidak mempunyai peluang
untuk memikirkan fakta-fakta ini dengan fikiran terbuka. Tetapi ini
tidak bermaksud dia perlu terus-menerus menjalani hidupnya dalam tipu
daya. Sesiapa yang melihat kebenaran seharusnya meninggalkan kepalsuan,
serta mendengar dan mematuhi ajakan moral yang timbul dalam
kesedarannya. Al-Quran menyatakan bahawa setiap individu mesti
mengelakkan diri daripada menjauhi kebenaran selepas melihatnya:
Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan
sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu,
lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.
(Surah an-Naml, ayat 14)
Sesiapa yang melihat dan mengakui kebenaran, insyaAllah, akan mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat:
Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran
(tauhid dan hukum agama) serta dia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui
kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang
bertakwa.
(Surah az-Zumar, ayat 33)
0 comments:
Post a Comment