Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini,
sejak kebelakangan ini saya kurang update post blog ini kerana urusan
kerja hakiki, namun urusan dakwah tetap berterusan kerana ia menjadi
kewajipan kepada saya dan setiap muslim.
Sejak
akhir-akhir ini kita sering didengari dan didendangkan pelbagai isu
terutamanya penghinaan musuh Islam terhadap umat Islam. Mejoriti umat
Islam marah dan keluar beramai-ramai dengan hasrat membantah penghinaan
yang dibuat oleh musuh Islam terhadap Islam. Ada juga segelintir kecil
yang mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri kononnya menyokong
kebangkitan umat Islam menentang penghinaan tersebut, tetapi malang
semua pekerjaan, masa, tenaga, duit dan apa sahaja tidak ada nilai di
sisi Allah malah itu semua ibarat sampah yang dicampak di dalam tong
sampah.
Adakah kita fikir sebelum ini kenapa berlaku ini semua?jawapan saya
tidak lain tidak bukan kerana umat Islam sangat lemah dari segi
penghayatan dan pegangan Islam yang sebenar. Perkara ini tidak pernah
berlaku semasa zaman kegemilangan Islam dahulu, kerana Islam sangat kuat
dari segala aspek. Bila berlaku sahaja penghinaan atau peperangan, maka
khalifah pada waktu itu terus mengirim ribuan pasukan tentera untuk
memerangi ancaman tersebut. Setiap kali perancangan jahat dibuat oleh
musuh Islam, mereka akan mempertimbangkan dahulu resiko dan musibah yang
akan dilalui oleh mereka.
Zaman sekarang tidak, mereka bersuka ria membuat penghinaan itu dan ini,
kerana mereka kurang mendapat tentangan dan banyak lagi negara-negara
umat Islam yang berkiblatkan mereka. Mereka juga sedar, semua ini
berlaku hanya seketika sahaja dan tiada industri mereka yang rugi dan
bangkrap kerana dipulai oleh masyarakat Islam. Contoh yang dapat
diperhatikan sekarang ialah rokok dari produk mereka masih diambil oleh
umat Islam, perdagangan, urusan ekonomi dan banyak lagi.
Asas Pengangan Umat Islam
Bagi mengatasi masalah ini, kita semua perlu kembali semula kepada asas
pengangan umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, kerana di situ
terdapat segala asas pembentukkan jati diri umat Islam dan juga terdapat
asas pembentukkan sebuah negara yang berdaulat serta jauh dari
anasir-anasir luar yang jelas merosakkan umat Islam. Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud :
"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak
sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya,
iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW,". (Riwayat Imam Malik)
Sangat tidak betul bagi mereka yang mengatakan bahawa Al-Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW itu tidak sesuai lagi diamalkan dan ia sesuai pada
zaman dahulu sahaja. Sesiapa yang berkata dan berniat sedemikian rupa,
maka cepat-cepatlah bertaubat, beristiqfar dan syahadah kembali kerana
ia jelas merosakkan akidah.
Tuntut Ilmu Allah
Penuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
Iman, Islam dan Ehsan, kerana ketiga-tiga ini akan membuatkan umat Islam
itu sentiasa mempunyai pedoman hidup. Setiap apa yang dilakukan olehnya
akan dinilai dahulu adakah pekerjaan ini baik dan mendatangkan manfaat
kepadanya. Jika baik, maka teruskan membuatnya. Jika tidak, ia akan
tinggalkannya.
Setiap inovasi yang dibuat olehnya adalah bertujuan mendatangkan manfaat
kepada seluruh umat manusia dan Islam. Tetaapi bukan inovasi yang
direka olehnya untuk menjahanamkan manusia. Ini semua berlaku apabila ia
faham tentang Islam, jikalau tidak ia akan melakukan perkara-perkara
yang ditegah oleh Islam seperti rasuah, ponteng kerja, curi tulang,
cetak rompak dan sebagainya. Contoh apabila seseorang itu memiliki ilmu
agama dan akademik menjalankan tugas sebagai pegawai bank. Beliau tidak
akan melakukan pecah amanah, kerana fikirannya akan ingat Allah marah,
perbuatan tersebut dosa, haram dan dimasukkan ke dalam neraka Allah yang
sangat pedih azabnya.
Wujudkan Rasa Persaudaraan Sesama Islam
Kembalikan rasa persaudaraan sesama Islam walaupun berlainan keturunan,
bangsan dan warna kulit, selagimana ia berada di bawah akidah yang sama,
maka selagi itulah ia bersaudara dengan kita walaupun berbeza Negara.
Firman Allah yang bermaksud :
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Al-Hujuraat : 10)
Pernah perlaku pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang cedera di
dalam peperangan, beliau meminta segelas air untuk diminum, setelah
dibawakan air kepadanya untuk diminum, ada seorang sahabat yang cedera
juga disebelahnya meminta air, lalu diberikan air itu kepada sahabatnya
untuk diminum lalu ia berkata awak lebih memerlukan dari saya.
Sahabatnya menerima air darinya untuk diminum, kemudian ada pula
disebelah sahabatnya sahabat yang lain memerlukan air untuk diminum.
Sabahatnya juga melakukan perbuatan yang sama dan diserahkan air
tersebut kepada sahabat yang lain itu. Kemudian sahabat tersebut tidak
sempat untuk minum dan meninggal dunia, lalu air itu dibawa semula
kepada sahabat-sahabat tersebut dan mereka juga telah meninggal dunia
tanpa meminum air yang diminta oleh mereka.
Pengajaran dari cerita di atas ini ialah kehebatan sifat bersatu dan
bersaudara yang ditunjukkan oleh sahabat Rasulullah sehingga waktu ajal
tiba juga sanggup mengutamakan orang lain. Dengan sifat ini jugalah
terdirinya Negara Islam yang pertama iaitu Madinah. Sifat ini jugalah
tentera Islam menang di dalam medan peperangan kerana semua tentera
Islam bergandingan tangan, seorang mara mesti yang lain juga ikut mara
tanpa menghiraukan ajal maut dan bahaya. Sifat ini jugalah musuh Islam
tidak berani meyentuh atau membuli orang-orang Islam. Kalau berlaku
penindasan umat Islam, Khalifah mengirimkan satu grombolan tentera untuk
memerangi mereka sehingga ke lubang cacing.
Matikan Sikap Pentingkan Diri Sendiri
Buang jauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri, orang yang mementingkan
diri sendiri ini adalah orang yang rugi dan orang yang tidak
bertamadun. Orang sebegini sepatutnya kembali ke zaman batu, duduk di
dalam gua-gua bersama keluarganya sahaja tanpa mengetahui apa yang
berlaku di luar sana. Selalunya mereka ini bila ada kepentingan peribadi
barulah mereka bersama dengan orang lain tunjuk baik dan buat itu dan
ini. Tetapi malangnya apa yang mereka buat itu bukan semuanya kerana
Allah malah kerana untuk mengenyangkan perut masing-masing. Sebab itulah
masyarakat Islam tidak boleh maju dan tidak boleh bersatu kerana
kepentingan perut lebih penting dari kepentingan pembangunan ummah.
Sebenarnya inilah senjata musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam,
mereka yakin selagimana umat Islam bersikap individual, maka selagi
itulah Islam menjadi lemah. Kuatnya Islam adalah berjamaah kerana
bersatu dalam jemaah itulah senjata kekuatan umat Islam dan ia tidak
mudah untuk ditumpaskan oleh musuh-musuh Islam.
Perkara ini semua telah dibuktikan oleh Rasulullah dan para sahabat,
setiap apa-apa keputusan Baginda akan bermusyawarah dahulu bersama para
sahabatnya, setiap keputusan yang baik akan digunakan oleh Baginda
walaupun keputusan itu bukan dari dirinya. Keputusan-keputusan yang
wujud dalam rapat tersebut adalah semata-mata untuk kepentingan
pembangunan ummah dan tidak ada langsung kepentingan peribadi.
Betapa hebatnya sirah-sirah Rasulullah mendidik para sahabatnya dalam
semua bab terutamanya persatuan umat Islam. Ibarat kata cubit paha kanan
paha kiri pun turut terasa, inilah kekuatan sebenarnya umat Islam.
Pernah suatu ketika pemimpin Yahudi berikrar dengan berkata “Selagimana
umat Islam tidak bersatu dibawa satu panji Al-Quran dan Sunnah, maka
selagi itulah umat Islam boleh dibuli dan boleh diperangi dan mereka
tidak sesekali akan memenagi peperangan tersebut”.
Kesimpulannya
Bila ada semua perkara yang saya berikan di atas ini, maka ia tidak akan
berlaku penghinaan terhadap Islam, kerana mereka sedar Islam adalah
satu kuasa yang besar dan ajaib. Apabila umat Islam marah, ia boleh
membinasakan semua musuh-musuh Islam yang terlibat di dalam penghinaan
tersebut. Selain dari itu, semua perkara ini adalah senjata dakwah
fardi’ah kita kepada semua orang bukan Islam, kerana mereka melihat
betapa hebatnya perpaduan umat Islam. Malah umat Islam juga dijadikan
contoh umat yang terbaik kerana sukses ke semua bidang kehidupan yang
meliputi aspek dunia dan akhirat. Sangat hebat sebenarnya Islam ini, ia
menjadi tidak hebat apabila kita tidak faham hakikat sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment