TINGGALAN MASYARAKAT PURBA
YANG MENGAGUMKAN
Kesilapan konsep tentang evolusi sosio-budaya telah dikemukakan pada
beberapa waktu yang berbeza oleh orang-orang seperti August Comte,
Herbert Spencer dan Lewis Henry Morgan - dan kemudian digabungkan
dengan teori Charles Darwin - menyatakan bahawa semua masyarakat
berkembang daripada primitif ke arah peradaban yang lebih kompleks.
Penipuan ini dibangunkan pada akhir kurun ke-19 dan pengaruhnya
meningkat selepas Perang Dunia 1, disokong dengan asas yang kononnya
'saintifik' untuk rasisme, kolonialisme, dan gerakan eugenik yang
kejam. Masyarakat di kawasan dunia yang berbeza dengan budaya, warna
kulit dan ciri fizikal yang berlainan tertakluk kepada layanan yang
tidak berperikemanusiaan hasil daripada praandaian yang tidak saintifik
itu.
![]() Hari ini, bersama peradaban tinggi, terdapat juga orang-orang yang agak mundur. Walau bagaimanapun, yang sesetengah masyarakat yang lebih maju teknologi tidak bermakna bahawa mereka adalah lebih mental atau fizikal maju. |
Ramai penulis dan pemikir seperti Adam Ferguson, John Millar
dan Adam Smith menyatakan bahawa semua masyarakat berubah menerusi
empat peringkat asas: memburu dan mengumpul, hidup di perkampungan dan
berpindah-randah, pertanian dan akhirnya, perniagaan. Menurut
evolusionis, orang primitif yang baru barubah daripada beruk hanya
memburu dan mengumpul tumbuhan dan buah-buahan dengan alatan yang
paling asas. Sementara kecerdikan dan kemampuan meningkat secara
beransur-ansur, mereka mula menternak haiwan ragut seperti biri-biri dan
lembu. Kepintaran dan keupayaan orang primitif seterusnya berkembang
ke tahap di mana mereka mula melibatkan diri dalam bidang pertanian,
dan akhirnya, terlibat dalam perniagaan dan pertukaran barangan.
Walau bagaimanapun, banyak penemuan terbaru dalam bidang
arkeologi, antropologi, dan cabang sains yang lain telah menyangkal
dakwaan asas kisah 'evolusi budaya dan sosial'. Semua ini tidak lain
hanyalah percubaan materialis untuk menggambarkan perubahan manusia
daripada binatang tidak berakal dan menanam mitos ini - yang kononnya
atas dasar falsafah - bersandarkan sains.
Keupayaan manusia untuk hidup dengan berburu atau bertani
tidak membuktikan bahawa mereka lebih mundur atau maju secara mental.
Dengan kata lain, tiada masyarakat yang terlibat dengan perburuan
disebabkan kemunduran dan secara mental lebih hampir kepada beruk.
Mengusahakan bidang pertanian tidak bermakna sesebuah masyarakat itu
telah menjarakkan diri mereka daripada kehidupan primitif. Tiada
sebarang aktiviti masyarakat yang membayangkan bahawa penduduknya
adalah keturunan hidupan yang lain. Di sepanjang proses yang kononnya
evolusi, aktiviti-aktiviti seperti itu tidak melahirkan individu yang
lebih maju dari segi kepintaran dan keupayaan. Banyak puak-puak yang
secara teknologinya terkebelakang pada hari ini hanya memburu dan
mengumpul, tetapi ini langsung tidak menunjukkan bahawa mereka bukan
manusia. Begitu juga dengan kehidupan manusia puluhan ribu tahun akan
datang, sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka ratusan ribu tahun
lalu. Manusia terkemudian bukan primitif, dan manusia akan datang juga
bukan spesis yang lebih maju.


Membina sejarah evolusi peradaban berdasarkan gaya hidup sesebuah
masyarakat merupakan cara yang tidak saintifik. Perspektif sebegini
semata-mata bergantung pada pelbagai tafsiran terhadap penemuan
arkeologi yang berdasarkan prejudis saintis materialis, yang menganggap
manusia yang menggunakan perkakasan batuan adalah manusia beruk yang
mendengus, berjalan bongkok, dan bersifat binatang. Tetapi tiada
tinggalan yang memberi maklumat tentang kapasiti mental mereka. Semua
ini semata-mata andaian. Seperti mana yang telah dinyatakan, jika
banyak contoh seni hari ini ditemui dalam 100,000 tahun akan datang dan
jika manusia pada masa itu kekurangan maklumat, kemungkinan mereka
juga akan menghasilkan tafsiran berbeza berkaitan kemanusiaan hari ini
dan teknologi yang kita miliki.
Seperti yang telah ditunjukkan tadi,
pandangan bahawa masyarakat berubah tidak berdasarkan kepada mana-mana
bukti saintifik. Asas teori ini adalah kesilapan dan pendapat tidak
saintifik bahawa manusia pada mulanya memiliki minda seperti beruk.
William Howells, seorang ahli antropologi evolusionis di Universiti
Harvard mengaku bahawa teori evolusi menimbulkan persoalan lain, bukan
berkaitan dengan tubuh tetapi berkenaan sifat yang mempengaruhi
falsafah, menentukan fakta saintifik yang lebih sukar. Howells
menyatakan bahawa sifat tidak 'difosilkan' seperti mana tengkorak dan
ianya tidak kekal seperti alatan batu. Maka, katanya, kita hanya ada
sedikit petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku dalam sejarah
purba. Beliau juga menyatakan bahawa adalah mustahil untuk menguji
hipotesis seperti itu.
Baru-baru ini, majoriti saintis sosial telah mengaku tentang
kesalahan dalam pandangan evolusionis, dan menyatakan teori evolusi
sosial bertentangan dengan sains dalam perkara berikut:
- Ia hampir kepada diskriminasi etnik, membuat tafsiran berat sebelah tentang masyarakat berbeza - contohnya, anggapan bahawa masyarakat Barat lebih bertamadun.
- Ia menganggap semua masyarakat berkembang di laluan yang sama, menggunakan cara yang sama, dan berkongsi tujuan yang sama.
- Ia melihat masyarakat daripada kaca mata materialistik.
- Ia kebanyakannya bertentangan dengan penemuan. Ramai komuniti yang hidup dalam keadaan primitif mempunyai nilai rohani yang lebih maju berbanding masyarakat lain yang dianggap moden - dalam erti kata lain mereka adalah pencinta kedamaian dan menerima kesamaan. Ole kerana cara pemakanannya, mereka juga lebih sihat dan kuat.
Hal-hal di atas dengan jelas menunjukkan bahawa perkembangan
masyarakat daripada primitif kepada moden merupakan pendapat yang amat
bertentangan dengan nilai dan fakta saintifik. Teori ini berdasarkan
tafsiran menyimpang yang dipengaruhi oleh ideologi materialis.
Tinggalan dan artifak yang ditinggalkan oleh tamadun purba telah
mendedahkan kesilapan dalam pembohongan 'evolusi sejarah dan budaya'.
Tinggalan Purba Menyanggah Evolusi
Hasil penemuan dari tamadun purba telah menyangkal teori
'perkembangan daripada primitif kepada bertamadun'. Jika kita mengkaji
perjalanan sejarah, jawapannya ialah manusia telah sentiasa menikmati
daya kecerdasan dan kreativiti yang sama. Hasil kerja yang dibuat oleh
manusia ratusan ribu tahun dahulu, dan kesan-kesan yang mereka
tinggalkan, sebenarnya mempunyai makna yang berbeza dengan dakwaan
evolusionis. Sekiranya kita mengkaji jejak-jejak ini, akan didapati
bahawa manusia dengan kebijaksanaan dan kebolehan mereka di semua zaman
lampau telah membuat penemuan baru, mencapai tahap keperluan mereka dan
membina tamadun.

(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (Surah al-Hud, ayat 40)
Dapur tersebut yang dikenali sebagai tannur, masih
lagi digunakan hari ini di pelbagai kawasan. Ia berkaitan dengan ayat
yang menyatakan bahawa dapur ini telah melimpahkan air. Maka, bahtera
disediakan untuk belayar dengan tenaga janaan stim. Dalam komentarnya,
Hamdi Yazir dari Elmali berkata bahawa bahtera tersebut “seakan kapal
stim yang dijana oleh sebuah dapur”:
Tannur: Dinyatakan di dalam kamus sebagai dapur atau ketuhar tertutup. Perkataan 'fara'
bermaksud mendidih dan menyembur dengan kuasa dan kesungguhan yang
kuat. ... Dalam kata lain, ini membayangkan bahawa kapal tersebut tidak
menggunakan layar, tetapi kapal api yang menggunakan tenaga janaan
sebuah dapur.
Perkembangan besar dalam bidang sains, seni dan teknologi juga
telah dicapai sewaktu zaman Nabi Sulaiman (as). Misalannya, Al-Quran
menunjukkan bahawa kenderaan pengangkutan di zamannya juga sepantas
kapal terbang: “Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman
kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya
adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya
adalah menyamai perjalanan biasa sebulan.” (Surah as-Saba', ayat 12).
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa jarak yang jauh mampu
dilalui dengan cepat. Ini merujuk kepada kenderaan udara yang
menggunakan teknologi sama seperti yang digunakan hari ini
(wallahualam). Tambahan pula, Al-Quran mencatatkan bahawa:
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Surah as-Saba', ayat 13)
Dalam erti kata lain, Nabi Sulaiman (as) menyebabkan para pekerjanya
menggunakan teknologi pembinaan dan senibina yang amat canggih.
Ayat lain menyatakan bahawa:
Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). (Surah as-saad, ayat 37)
Hakikat bahawa Nabi Sulaiman (as) mampu mengawal jin-jin
penyelam menandakan lokasi dan pengeluaran sumber-sumber dasar laut.
Minyak dasar laut serta proses dan kerja pengekstrakan logam berharga
memerlukan teknologi yang amat maju. Ayat-ayat ini menegaskan bahawa
teknologi seumpama itu telah wujud dan diguna pakai.
Ayat lain menyatakan "mata air dari tembaga" (Surah as-Saba', ayat 12). Penggunaan
cairan tembaga menandakan kewujudan teknologi canggih yang menggunakan
elektrik di zaman Nabi Sulaiman (as). Seperti yang kita sedia maklum,
tembaga merupakan antara konduktor haba yang terbaik, maka ia
dipercayai mewujudkan asas industri elektrik pada masa itu. Ayat "Kami alirkan baginya mata air dari tembaga" dalam
segala kemungkinan merujuk kepada sejumlah besar kuantiti elektrik
yang dikeluar dan digunakan dalam banyak cabang teknologi (wallahualam).
Beberapa ayat menunjukkan bahawa Nabi Daud (as) memiliki pengetahuan yang baik dalam pertukangan besi dan pembuatan senjata:
(Serta Kami wahyukan kepadanya): Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. (Surah as-Saba', ayat 11)
Al-Quran juga mengisahkan tentang tembok di antara dua gunung
yang dibina oleh Zulkarnain yang tidak mampu diseberangi dan ditembusi
oleh masyarakat zaman itu. Menurut ayat berkaitan, beliau menggunakan
potongan-potongan besi dan cairan tembaga:
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya. (Surah al-Kahfi, ayat 96)
Maklumat ini menunjukkan bahawa Zulkarnain telah menggunakan teknologi reinforced concrete.Besi,
antara bahan paling kuat yang digunakan dalam pembinaan, amat penting
untuk menambah keteguhan binaan seperti bangunan, jambatan, dan
empangan. Ayat ini menyatakan bahawa beliau telah meletakkan besi dari
hujung ke hujung dan menghasilkan struktur konkrit yang teguh dengan
menuang mortar ke atasnya (wallahualam).
Prasasti dari peradaban purba Amerika Tengah merujuk kepada
seorang yang tinggi, berjanggut dan datang dengan memakai jubah putih.
Mereka juga melaporkan bahawa dalam jangka waktu yang singkat,
kepercayaan terhadap dewa tunggal tersebar dan berlaku perkembangan
mendadak dalam seni dan sains.
Ramai nabi seperti Nabi Yaakub (as), Nabi Yusuf (as), Nabi
Musa (as), dan Nabi Harun (as) telah diutus ke Mesir purba.
Utusan-utusan ini dan golongan yang mempercayai mereka telah membawa
pengaruh penting terhadap peningkatan artistik dan saintifik yang
pantas oleh masyarakat Mesir pada kebanyakan zaman.
Ramai saintis Muslim yang patuh kepada ajaran Al-Quran dan
sunnah nabi telah membuat penemuan penting dalam bidang astronomi,
matematik, geometri, perubatan, dan cabang sains yang lain. Semua ini
telah membolehkan perubahan besar dan perkembangan mengagumkan dalam
sains dan kehidupan sosial. Beberapa saintis Muslim beserta hasil kerja
mereka adalah seperti berikut:
Abd al-Latif al-Baghdadi dikenali melalui
kerjanya dalam bidang anatomi. Dia membetulkan kesilapan sebelumnya
berkaitan banyak tetulang dalam badan seperti rahang bawah dan sternum.
Tulisannya bertajuk Al-Ifada wa al-I'tibar telah diterbitkan pada tahun
1788 dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Jerman, dan Perancis.
Beliau juga mengkaji organ-organ deria rasa dalam kitabnya yang
berjudul Makalatun fial-Havas.
Ibn Sina (Avicenna) menerangkan
tentang cara-cara rawatan ke atas pelbagai jenis penyakit. Kitab
agungnya, Kitab al-Qanun fi at-Tibb, yang ditulis dalam bahasa Arab
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12. Ia diajar
dan dianggap sebagai buku pelajaran asas di universiti-universiti
Eropah sehingga abad ke-17. Kebanyakan maklumat perubatannya masih lagi
sesuai untuk diaplikasikan pada hari ini.
Zakaria Qazvini meruntuhkan banyak
pendapat-pendapat yang salah berkaitan dengan otak dan jantung, yang
mana telah dianggap tepat sejak zaman Aristotle lagi. Maklumat yang
beliau berikan berkenaan dengan dua organ tersebut sama dengan
pengetahuan hari ini.
Zakaria Qazvini, Hamd Allah Mustawfi Qazvini (1281-1350), dan Ibn Nafs, semuanya merupakan pengkaji anatomi serta membentuk asas sains perubatan moden.
Ali ibn Isa telah menulis tiga jilid buku
tentang penyakit mata, Tazkirat al-Kahhalin. Jilid pertama tertumpu
sepenuhnya pada anatomi mata dan mengandungai banyak informasi berharga.
Ia kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Jerman.
Al-Bairuni membuktikan 600 tahun lebih awal
sebelum Galileo bahawa bumi berputar, dan juga telah mengira
diameternya 700 tahun sebelum Newton melakukannya.
Ali Kuscu menghasilkan peta pertama untuk bulan, satu bahagian yang dinamakan sempena nama beliau.
Thabit ibn Qurra menemui kalkulus pembezaan berkurun-kurun sebelum Newton.
Al-Battani merupakan manusia pertama yang mengasaskan trigonometri.
Abu'l Vafa bertanggungjawab mewujudkan istilah secant dan cosecant dalam bidang trigonometri.
Al-Khawarizmi merupakan orang pertama yang menulis buku berkenaan algebra.
Al-Maghribi mengasaskan persamaan yang dikenali sebagai segitiga Pascal, 600 tahun sebelum ditemui oleh Pascal sendiri.
Ibn Haitam merupakan pengasas optik. Bacon
dan Kepler sekadar menggunakan hasil kerja beliau, sementara Galileo
mengunakan penemuan beliau dalam penghasilan teleskop.
Al-Kindi memajukan relativiti dan teori relativiti 1,100 tahun lebih awal daripada Einstein.
Akshamsaddin, yang hidup lebih kurang 400 tahun daripada Pascal, merupakan orang pertama yang menemui kewujudan mikrob.
Ali ibn Abbas adalah orang pertama yang menjalankan pembedahan kanser.
Ibn Jazzar menjelaskan punca-punca dan cara rawatan penyakit kusta.
Saintis-saintis Muslim, yang hanya sebahagian kecil
disenaraikan di atas, telah membuat banyak penemuan penting yang
membentuk asas sains moden dengan mematuhi ajaran Al-Quran dan sunnah
baginda Rasulullah (saw).
Seperti yang telah kita lihat, ramai manusia dahulu kala yang
mencapai kemajuan dalam bidang seni, perubatan, teknologi, dan sains
menerusi utusan yang dihantar kepada mereka. Dengan mematuhi dan
mengambil iktibar daripada cadangan dan galakan para nabi, mereka
memiliki ilmu dan mewariskannya kepada generasi kemudian. Tambahan
pula, masyarakat yang kadang-kadang lari daripada agama sebenar dan
membangun pelbagai kepercayaan karut akhirnya kembali percaya akan
Keesaan Allah hasil daripada usaha para nabi.
Apabila penemuan-penemuan zaman lampau dikaji tanpa prejudis, sejarah kemanusiaan dapat difahami dengan jelas dan nyata.
Sebagaimana yang telah dinyatakan, peradaban yang mundur dan
maju telah wujud serentak sepanjang sejarah, sepertimana juga hari ini.
Kini, kita menikmati teknologi angkasa, sementara mereka di kawasan
dunia yang lain hidup serba kekurangan, begitu juga dengan masa lalu di
mana Mesir purba mempunyai tamadun gemilang, sementara masyarakat yang
lebih terkebelakang juga wujud di kawasan yang lain. Masyarakat Maya
membina bandar-bandar yang amat membangun, yang mana dari jejak-jejak
yang mereka tinggalkan menunjukkan bahawa mereka telah memiliki
teknologi yang amat canggih, mengira orbit planet Venus dan menemui
bulan-bulan pada planet Jupiter. Pada masa yang sama, manusia di
wilayah-wilayah Eropah percaya bahawa bumi merupakan pusat sistem
suria. Di kala masyarakat Mesir berjaya melaksanakan pembedahan otak,
penduduk di kawasan lain pula percaya bahawa penyakit adalah disebabkan
oleh pelbagai semangat jahat. Dengan sistem perundangan,
kesusasteraan, pemahaman seni dan pengetahuan astronomi, masyarakat
Sumeria membina peradaban gemilang di Mesopotamia, manakala di satu
sudut dunia yang lain terdapat golongan yang jahil. Maka, sebagaimana
masyarakat hari ini yang tidak maju dalam segalanya, zaman lampau juga
tidak pernah ada golongan yang primitif sepenuhnya.
Setakat ini, kita telah mengkaji bukti dari zaman sejarah yang
berbeza dan menilai contoh-contoh budaya puluhan bahkan ratusan ribu
tahun lampau. Dengan mengkaji sejarah yang lebih baru, kita juga akan
mendapat bukti bahawa manusia sememangnya manusia: Di sini kita bukan
berbincang mengenai orang 'primitif' yang baru mengasingkan cara hidup
dari beruk, tetapi manusia bertamadun yang didapati telah mewarisi
peradaban lain yang tetap terpelihara untuk ribuan tahun sebelum
mereka.
Sementara teknologi meningkat di abad ke-20, perkembangan
kajian arkeologi juga semakin pesat, dan mula mengeluarkan lebih banyak
bukti tentang sejarah sebenar manusia. Maka, disepakati bahawa
kehidupan lampau di Mesir, Amerika Tengah, Mesopotamia dan wilayah lain
ribuan tahun dahulu adalah sama seperti cara kehidupan kita hari ini.
Megalit: Artifak Menakjubkan Dari Sejarah Manusia
Megalit ialah nama yang diberi kepada monumen yang terbina
daripada sekumpulan blok batuan gergasi. Banyak megalit purba masih
kekal sehingga ke hari ini. Antara aspek monumen ini yang paling
mengejutkan ialah bagaimana blok-blok batuan besar sedemikian, yang
sesetengahnya mempunyai berat lebih daripada satu tan, telah digunakan
untuk membina struktur yang dibincangkan, bagaimana dan teknik apa yang
telah digunakan untuk membawa batuan ini ke tapak pembinaan. Bagaimana
manusia pada zaman itu mendirikan struktur sebegini dengan meletakkan
satu blok batu yang besar di atas blok yang lain? Megalit ini biasanya
dibina dengan menggunakan batu yang dibawa dari jauh, dan kini dianggap
sebagai keajaiban dalam pembinaan dan kejuruteraan. Golongan yang
menghasilkan kerja sedemikian pasti memiliki teknologi yang maju.
![]() The construction technique and technology employed on the pyramids are still a mystery. These giant works, whose construction would be hard to duplicate even using today's technology, were completed by highly competent people who lived over 2,500 years ago. |
Pertama sekali, perancangan pastinya sesuatu yang penting
untuk mendirikan monument-monumen ini, dan rancangan itu mesti difahami
dengan tepat dan sepenuhnya oleh setiap orang yang terlibat dalam
projek tersebut. Lukisan teknikal tentang lokasi pembinaan monumen
harus disediakan. Tambahan pula, pengiraan dalam lukisan-lukisan ini
mestilah bebas daripada sebarang ralat, kerana kesilapan kecil akan
menyebabkan pembinaan struktur ini mustahil. Organisasi yang terlibat
juga harus sempurna jika pembinaan dilaksanakan. Faktor-faktor seperti
penyelarasan pekerja dan keperluan mereka (makanan, rehat, dsb.) amat
penting untuk proses pembinaan yang teratur.
Jelas bahawa mereka yang terlibat dalam pembinaan ini
mempunyai banyak pengetahuan dan teknologi yang jauh lebih canggih
daripada apa yang biasa dibayangkan. Sebagaiman yang telah dijelaskan
dalam buku ini, peradaban tidak sentiasa bergerak ke hadapan; ada
kalanya merosot. Dan sebenarnya dalam kebanyakan waktu, perkembangan
dan penguncupan tamadun boleh wujud serentak di pelbagai tempat dunia.
Barangkali mereka yang membina megalit memiliki tamadun yang
lebih maju seperti mana yang ditunjukkan oleh tinggalan arkeologi dan
sejarah. Struktur yang dibina membuktikan bahawa mereka mempunyai
pengetahuan yang luas dalam matematik dan geometri; tahu teknologi yang
diperlukan untuk mendirikan monumen dengan mengira titik teguh di
kawasan berbukit; mengguna peralatan (seperti kompas) untuk menentukan
kedudukan geografi, serta mampu mengangkut bahan-bahan binaan dari
jarak jauh apabila diperlukan. Tentu saja mereka tidak melakukan semua
ini dengan hanya mengguna alatan dan tenaga kerja primitif. Banyak
eksperimen oleh pengkaji dan ahli arkeologi telah membuktikan bahawa
adalah mustahil untuk membuat monumen sebegini dalam keadaan seperti
yang didakwa oleh teori evolusi. Ramai penyelidik yang cuba untuk
membina monumen sama dengan menghasilkan semula keadaan 'Zaman Batu'
khayalan telah gagal. Mereka bukan saja menemui kesukaran untuk membina
struktur sama, tetapi juga mengalami masalah dalam memindahkan
blok-blok batuan dari tempat lain ke tapak binaan. Ini sekali lagi
menunjukkan manusia zaman itu tidak mundur seperti dakwaan evolusionis.
Mereka menikmati dan memahami senibina, memanfaat teknologi pembinaan
dan turut mengkaji astronomi.
![]() The Ishtar Gate, Baghdad |
Memang diketahui bahawa hanya blok batuan, struktur batuan dan
pelbagai alatan batuan yang tersisa daripada peradaban ribuan tahun
dulu. Namun, adalah tidak wajar untuk melihat beberapa struktur batuan
dan artifak lalu membuat kesimpulan bahawa mereka hidup terkebelakang
dan kekurangan teknologi serta hanya tahu mengguna batu. Andaian yang
didasarkan pada pelbagai dogma sebegini tiada konotasi saintifik.
Tetapi jika semua penemuan ini dikaji tanpa sebarang praandaian
negatif, penjelasan yang hampir kepada kebenaran akan dapat dibuat.
Walaupun manusia ratusan ribu tahun dulu hidup dalam rumah-rumah kayu
yang hebat, membina vila dengan tingkap kaca dan mengguna bahan
dekorasi paling menarik, tentu saja hanya sedikit buktinya yang tahan
terhadap kesan-kesan hakisan angin, hujan, gempa bumi dan banjir selama
berkurun-kurun. Dalam keadaan semulajadi, hanya purata 100 ke 200 tahun
masa yang diperlukan untuk kayu, kaca, tembaga, gangsa dan logam lain
untuk luluh sepenuhnya. Dengan kata lain, dalam masa dua abad,
dinding-dinding rumah anda akan reput, dan hanya beberapa perhiasan
dalamannya yang akan tinggal. Malah hanya sedikit yang akan kekal andai
dipengaruhi oleh gempa bumi, banjir atau taufan. Apa yang akan tinggal
hanyalah blok-blok batuan yang mengambil masa lebih lama untuk
dihakis. Bahkan peralatan batuan juga akan hancur menjadi
serpihan-serpihan kecil. Maka, amat mustahil untuk menggambarkan cara
kehidupan masyarakat pada zaman itu semata-mata berdasarkan blok batuan
tersebut. Hubungan sosial, kepercayaan, citarasa dan pemahaman
artistik tidak dapat digambarkan secara jelas.
![]() Buku Rudyard Kipling ini, Sekadar Cerita |
Tetapi, evolusionis tetap berpegang pada pendapat mereka dan
mencemar pelbagai hasil penemuan dengan banyak gambaran rekaan yang
karut. Mencipta fanstasi dengan penyelewengan fakta adalah cara yang
sebenarnya dikritik sendiri oleh segelinti evolusionis. Malah mereka
menamakan kaedah sebegini sebagai 'Sekadar Cerita'.
Istilah tersebut yang muncul dalam kritikan Stephen Jay Gould,
seorang ahli paleontolgi evolusionis terkenal, dipinjam daripada
sebuah buku terbitan tahun 1902 bertajuk Just So Stories karya
penulis dan penyair British bernama Rudyard Kipling (1865-1936). Dalam
buku cerita yang ditujukan untuk kanak-kanak ini, Kipling menulis
beberapa kisah fantasi tentang bagaimana pelbagai hidupan mendapat
organ dan sifat masing-masing. Sebagai contoh, beliau menulis petikan
berikut tentang belalai gajah:
Pada zaman dahulu kala, sang haiwan yang disukai, Gajah, tidak mempunyai belalai. Ia hanya mempunyai hidung yang kehitaman dan membonjol. Tetapi ada seekor anak Gajah kecil yang mempunyai perasaan ingin tahu. Maka ia pun berpergian sehingga sampai di tebing Sungai Limpopo yang licin dan kabut, ia terpijak sesuatu yang disangkanya batang kayu. Tetapi itu sebenarnya Sang Buaya kemudian anak Gajah menundukkan kepala menghampiri mulut sang Buaya yang berbau dan bertaring, lalu Sang Buaya menerkam pada hidung si anak Gajah. Kemudian anak Gajah duduk pada punggungnya dan menarik, dan tarik, dan tarik, dan hidungnya pun mula memanjang. Sementara Sang Buaya pula terkial-kial di dalam air sambil melibas-libas ekornya, dan ia menarik, dan tarik, dan tarik.
Gould dan beberapa saintis evolusionis lain telah mengkritik
penulisan yang penuh dengan senario serupa tanpa ada sebarang bukti
untuk menyokong mereka. Begitu juga dengan mereka yang cuba menjelaskan
perkembangan masyarakat dalam rangka teori evolusi. Sebagaimana cerita
dongeng Kipling, saintis sosial evolusionis bergantung semata-mata
pada imaginasi. Bayangkan sejarah manusia yang berdasarkan
masyarakat-masyarakat yang moyang mereka kononnya hanya tahu mendengus
dan mengguna alatan batuan kasar, tinggal di dalam gua, dan hidup
semata-mata bergantung pada hasil buruan dan kutipan, yang kemudiannya
mula berkembang dan menceburi bidang pertanian, lalu mula mengguna
logam, serta mula membina hubungan sosial seiring dengan peningkatan
keupayaan mental mereka. 'Sejarah' sedemikian tiada bezanya dengan
kisah bagaimana Sang Gajah mempunyai belalainya.
Gould memberi penjelasan tentang pendekatan tidak saintifik ini:
Para saintis sedar bahawa kesemua kisah tersebut sekadar cerita rekaan; malangnya, ia dipaparkan dalam penulisan yang profesional sehingga mendapat perhatian serius. Akhirnya ia menjadi 'fakta' dan tergolong dalam kesusasteraan popular.
Gould menambah lagi dengan menyatakan bahawa cerita rekaan tersebut tidak membuktikan apa-apa dalam rangka teori evolusi:
Dalam tradisi 'sekadar cerita' sejarah
semulajadi evolusi, cerita-cerita tersebut tidak membawa apa-apa makna.
Tetapi pengaruhnya, dan kes-kes sama yang lain, telah mengatasi
kepercayaan saya secara perlahan sejak dulu lagi. Idea-idea rekaan yang
semakin banyak mungkin menyelamatkannya setakat ini, tetapi kebanyakan
konsep yang diselamat oleh spekulasi murahan tidak mencukupi buat
saya.
Newgrange
![]() Newgrange, sebahagian daripada struktur batuan yang paling terkenal di dunia, terdiri daripada 93 megalit. |
Pemakaman yang terletak berhampiran Dublin ini disepakati
telah dibina sekitar 3,200 BC. Newgrange sememangnya telah usang
sebelum kewujudan peradaban Mesir, dan sebelum kelahiran tamadun
Babylon dan Cretan. Stonehenge, antara struktur batuan yang paling
terkenal di dunia, masih belum dibina pada waktu itu. Kajian
menunjukkan bahawa Newgrange bukan sahaja sebuah kawasan perkuburan,
tetapi para pekerjanya mempunyai pengetahuan mendalam tentang astronomi
- dan memiliki teknik kejuruteraan serta ilmu senibina yang perlu
diberi perhatian.
Ramai ahli arkeologi menghuraikan Newgrange sebagai keajaiban
teknikal. Sebagai contoh, kubah di atas struktur itu sememangnya adalah
kehebatan kejuruteraan. Setiap batu yang berat di bahagian bawah dan
ringan di sebelah atas dengan cermat diletakkan saling bertindih
sehingga setiap satunya lebih menonjol daripada yang di bawah. Maka
terbinalah satu cerobong berbentuk heksagon dengan ketinggian enam
meter di atas bahagian tengah struktur itu. Di atas cerobong itu
terdapat penutup yang diperbuat daripada batu yang boleh dibuka dan
ditutup bila perlu.
Jelas bahawa binaan gergasi ini dibina oleh mereka yang
mempunyai pemahaman mendalam tentang kejuruteraan, mampu mengira dengan
tepat, merancang dengan betul, mengangkut beban batuan yang berat, dan
memanfaat ilmu pembinaan mereka. Evolusionis tiada penjelasan tentang
cara pembinaan struktur ini kerana berdasarkan pandangan karut mereka,
manusia pada masa itu bekerja dalam keadaan serba kekurangan dan
terkebelakang. Tetapi amat mustahil untuk monumen sebesar itu didirikan
oleh golongan yang tiada pengetahuan yang baik dalam bidang
kejuruteraan dan pembinaan.
![]() Batu pintu masuk dan kotak bumbung di Newgrange. Ia masih tidak diketahui bagaimana blok-blok telah diangkut, mahupun apa teknik yang digunakan semasa pembinaan. |
Ciri-ciri astronomi bangunan itu sendiri sungguh mengagumkan.
Pembinaan struktur gergasi ini membenarkan biasan cahaya yang menarik
pada solstis musim sejuk. Sebaik saja matahari muncul pada hari
terpendek dalam setiap tahun, sinaran cahaya matahari menerangi ruang
pemakaman Newgrange. Di saat ini, berlakulah permainan cahaya yang
sempurna. Sinaran matahari pagi menembusi bukaan kecil di bawah bumbung
pintu masuk dan menyinari laluan ke ruangan dalamannya. Semua blok
batuan diletak pada sudut yang membenarkan pembiasan cahaya - satu
faktor penting yang memungkinkan berlakunya semua pertunjukan cahaya
ini.
Maka, dapat dilihat bahawa para pembina Newgrange bukan sahaja
mempunyai ilmu kejuruteraan, malah memiliki pengetahuan astronomi yang
membolehkan mereka mengira masa harian dan pergerakan matahari.
Newgrange hanyalah sebahagian daripada struktur batuan zaman
itu yang masih lagi kekal di wilayah berkenaan. Dengan melihat pada
struktur ini saja, anda dapat menyimpulkan bahawa ianya didirikan oleh
golongan yang mempunyai pengetahuan mendalam serta menggunakan cara dan
teknik yang amat canggih. Apakah tafsiran yang boleh dibuat berkaitan
dengan gaya hidup mereka? Masyarakat yang membina struktur ini pastinya
telah hidup dalam persekitaran yang selesa dan penuh tamadun. Jika
mereka mempunyai pengetahuan astronomi dan kemahiran yang baik untuk
membuat pemerhatian dengan tepat, kehidupan seharian juga pasti
bertamadun selari dengan perkembangan pengetahuan mereka. Monumen batuan
ini mungkin satu-satunya bangunan yang kekal daripada masyarakat yang
hidup dalam rumah yang selesa, mempunyai taman-taman yang diselenggara
dengan baik, menerima rawatan di hospital yang bagus, terlibat dengan
aktiviti ekonomi, menghargai seni dan sastera serta menikmati warisan
budaya yang luas lagi penting. Semua tafsiran realistik berkenaan
pembina monumen batuan ini adalah berdasarkan penemuan arkeologi dan
fakta sejarah. Tetapi, evolusionis yang telah sebati dengan pemikiran
materialis lebih cenderung mengaitkan cerita rekaan hasil dogma-dogma
tertentu berbanding membuat tafsiran rasional yang bersesuaian dengan
sains. Walau bagaimanapun, semua cerita mereka tidak akan pernah mampu
untuk memberi penjelasan muktamad dan benar.
Stonehenge
![]() Stonehenge mungkin telah didirikan sebagai blok-blok pembinaan pembinaan kayu. Sebuah bangunan kayu yang didirikan di atas ini akan telah terjejas oleh angin dan ribut. Ia berkemungkinan bahawa hanya asas-asas bangunan itu dapat diselamatkan. Kaedah-kaedah dan motif untuk pembinaan Stonehenge masih perkara untuk perbahasan, tetapi satu ciri penting didedahkan oleh saintis adalah hubungannya dengan astronomi. Masyarakat yang membina struktur ini, memiliki pengetahuan lanjutan langit, dan juga kejuruteraan. |
Stonehenge, monumen yang tegak di selatan England, terdiri
daripada lebih kurang 30 blok batuan besar yang disusun dalam bentuk
bulatan. Setiap blok mempunyai purata ketinggian 4.5 meter (15 kaki)
dan berat purata 25 tan. Monumen ini telah menarik perhatian ramai
penyelidik dan banyak teori telah dibentang untuk menjelaskan bagaimana
dan mengapa ia dibina. Betul atau tidaknya teori-teori ini bukanlah
persoalan penting di sini, tetapi monumen ini sekali lagi telah
membatalkan teori evolusi dalam sejarah manusia.
Kajian yang dibuat mendedahkan bahawa Stonehenge telah dibina
dalam tiga peringkat utama, bermula dalam lebih kurang 2,800 BC. Ini
bermakna bahawa sejarah pembinaannya telah berusia hampir 5,000 tahun.
Peringkat pembinaan pertama melibatkan penggalian parit, benteng dan
beberapa lubang bulat. Dalam peringkat kedua, lebih kurang 80 bluestones (sejenis batuan granit yang dinamakan sempena warnanya) disusun dalam dua bulatan di sekeliling pusat tapak dan batu hele
didirikan di luar lingkaran tersebut. Kemudian, bulatan luar didirikan
menggunakan susunan batu pasir yang besar dengan batu melintang
membentuk bulatan diletak di atasnya.
Aspek utama monumen ini ialah bluestones yang
digunakan kerana sumbernya tiada di kawasan berhampiran. Batu-batuan ini
dibawa ke tapak Stonehenge dari Pergunungan Preseli yang jauhnya lebih
kurang 380 kilometer (240 batu). Jika ahli sejarah evolusionis
berpendapat bahawa penduduk di masa itu hidup dalam keadaan serba
primitif dan peralatan mereka hanya diperbuat daripada engkol kayu,
rakit kayu dan kapak batu, jadi bagaimanakah mereka mengangkut semua
batuan ini ke wilayah di mana Stonehenge kini berdiri? Persoalan ini
tidak dapat dijawab dengan senario khayalan yang direka-reka.
Dengan membina semula peralatan yang kononnya diguna pada masa itu, sekumpulan pengkaji cuba mengangkut bluestones
ke tempat lain yang sama jaraknya. Mereka menggunakan engkol kayu,
membuat rakit yang mampu menampung berat batu yang saiznya hampir sama
sehingga terpaksa menggabungkan tiga rakit, menggerakkan rakit tersebut
di sungai dengan mengguna pancang kayu, dan akhirnya cuba untuk
membawa batuan tersebut ke atas bukit dengan bantuan roda kasar. Namun
usaha mereka hanya sia-sia. Ini hanyalah satu daripada eksperimen yang
dilaksanakan untuk mencari jawapan tentang cara bluestones
dibawa sejauh itu. Banyak lagi ujukaji lain telah dijalankan, dan
penyelidik berusaha untuk memahami cara pengangkutan yang telah diguna
oleh masyarakat zaman itu. Walau bagaimanapun, tiada percubaan yang
berjaya. Ini kerana kesemua kajian tersebut dijalankan dengan fahaman
salah yang menganggap budaya masyarakat pada waktu itu terlalu mundur
dan hanya menggunakan peralatan kasar yang diperbuat daripada batu dan
kayu.
Seperkara lagi yang perlu ditegaskan ialah eksperimen yang
mereka laksanakan dibantu oleh teknologi moden. Mereka mengguna
pelbagai model yang dihasilkan oleh pelabuhan maritim, mengguna tali
yang diperbuat oleh kilang berteknologi tinggi, dan membuat perancangan
dan pengiraan terperinci. Namun begitu, mereka tetap gagal. Tetapi
masyarakat yang hidup 5,000 tahun dulu mengangkut batuan ini yang setiap
satunya mempunyai berat bertan-tan lalu menyusunnya dalam bentuk
bulatan melalui pengiraan posisi geografi yang tepat. Jelas sekali
mereka tidak menyiapkan semua ini dengan peralatan batu serta rakit dan
engkol kayu. Stonehenge dan banyak megalit lainnya telah dibina dengan
teknologi yang masih belum dapat difahami pada hari ini.
![]() Ia adalah mustahil untuk batu-batu berat bertan-tan setiap, yang digunakan di sini di bandar raya Amerika Selatan Tiahuanaco, diangkut tanpa kabel keluli, winch, dan peralatan pembinaan lain. |
Lebih kurang 4,000 meter (13,000 kaki) di atas paras laut, di
Pergunungan Andes yang terletak antara Bolivia dan Peru, bandar
Tiahuanaco penuh dengan runtuhan yang membuatkan ramai pelawat
terpegun. Kawasan ini dianggap sebagai antara satu keajaiban arkeologi
di Amerika Selatan, dan mungkin juga di dunia.
Antara tinggalan Tiahuanaco yang paling menakjubkan adalah
satu kalendar yang menunjukkan ekuinoks- ekuinoks, musim- musim, dan
posisi bulan pada setiap jam dan pergerakannya. Kalendar ini antara
bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat yang tinggal di kawasan itu
memiliki teknologi yang tinggi. Antara tinggalan lain yang mengagumkan
adalah monumen-monumen yang diperbuat daripada blok batuan besar,
sesetengah daripadanya mempunyai berat sehingga 100 tan.
Seorang penulis Reader's Digest menulis, "para
jurutera terbaik hari ini masih lagi bertanya kepada diri sendiri
tentang keupayaan mereka untuk memotong dan menggerakkan batuan besar
seperti yang digunakan untuk membina bandar tersebut. Batuan gergasi
itu kelihatan seperti acuan telah digunakan untuk memotongnya"
![]() The Gate of the Sun, dianggarkan seberat kira-kira 10 tan, boleh tidak telah dibina oleh masyarakat yang tidak mempunyai teknologi seperti para penyokong evolusi. Struktur tersebut membatalkan dakwaan evolusionis bahawa sejarah manusia berkembang daripada primitif kepada yang lebih maju. |
Sebagai contoh, dinding-dinding bandar berkenaan dibina dengan
meletakkan blok-blok seberat 60 tan di atas blok batu pasir yang
beratnya lebih kurang 100 tan. Kerja-kerja batu yang digunakan untuk
membina dinding tersebut memerlukan kepakaran yang amat mendalam.
Blok-blok segi empat sama dicantumkan dengan alur yang tepat. Lubang
sepanjang 2.5 meter (8 kaki) telah dibuka di dalam blok-blok seberat 10
tan. Pada sesetengah bahagian runtuhan tersebut, terdapat saluran air
yang diperbuat daripada batu dengan kepanjangan 1.8 meter (6 kaki) dan
keluasan setengah meter (1.5 kaki). Ini adalah sebahagian ketetapan yang
jarang dipadankan walaupun di hari ini. Adalah amat mustahil untuk
mereka menghasilkan kerja-kerja berkenaan tanpa kehadiran teknologi
seperti yang digambarkan oleh evolusionis. Ini kerana dalam keadaan
yang serba primitif, ianya akan memerlukan masa yang lebih panjang
daripada hayat manusia untuk mendirikan hanya satu daripada
struktur-struktur tersebut. Secara tidak langsung, ini bermakna yang
pembinaan bandar Tiahuanaco mengambil masa berkurun lamanya, dan dengan
sendirinya membuktikan kesalahan pendapat evolusionis.
Antara satu daripada monumen terpenting di Tiahuanaco adalah
Gate of the Sun. Diperbuat daripada satu blok tunggal, dengan
ketinggian 3 meter (10 kaki) dan kelebaran 5 meter (16.5 kaki) serta
berat yang dianggarkan lebih daripada 10 tan. Gerbang tersebut dihiasi
dengan pelbagai ukiran. Tiada penjelasan tentang teknik-teknik yang
digunakan dalam pembinaannya. Apakah jenis teknologi yang diaplikasikan
pada struktur yang sebegitu menarik? Bagaimana batu seberat 10 tan
diekstrak, dan dengan apakah ianya dibawa dari kuari batuan. Jelas
bahawa semua ini dicapai dengan menggunakan lebih daripada alatan dan
perkakasan asas seperti yang digembar-gemburkan oleh evolusionis.
Sekiranya anda mengambil kira keadaan geografi di kawasan
Tiahuanaco, semua pencapaian mengandaikan bahagian yang lebih
mengagumkan. Bandar itu terletak berkilometer jauhnya dari mana-mana
kawasan petempatan biasa dan dibina pada dataran tinggi yang lebih
kurang 4,000 meter (13,000 kaki), di mana tekanan atmosfera hanya
separuh berbanding atmosfera di paras laut. Tahap oksigen yang
berkurangan ini akan menyebabkan sebarang kerja memerlukan lebih banyak
tenaga kerja.
Semua ini membuktikan, seperti juga kawasan lain di dunia,
bahawa peradaban yang maju telah wujud di masa lalu - sekaligus
menyangkal dakwaan bahawa masyarakat sentiasa berkembang kepada tahap
yang lebih maju.
Stonemasons pakar yang tinggal di Gobekli Tepe 11,000 Tahun Lepas

Yang bangunan batu dalam gambar di bahagian bawah kiri dan bentuk yang terperinci memaparkan rasa artistik orang yang membuat mereka, 11,000 tahun yang lalu. Lebih penting, bagaimanapun, adalah bahawa artis mesti telah menggunakan alat logam untuk mengukir batu-batu ini, bukan dengan memukul atau menggosok satu batu terhadap yang lain. Kerja denda itu hanya boleh dilakukan melalui alat-alat seperti, sebagai pelarik logam, fail dan gergaji yang digunakan dalam stonemasonry hari ini.
Gambar di sebelah kanan bawah menunjukkan seorang tukang batu hari ini di tempat kerja, dengan menggunakan teknik yang sama. Artis yang hidup 11,000 tahun lalu mungkin telah menghasilkan kerja-kerja seni mereka hanya dengan menggunakan kaedah yang sama.
0 comments:
Post a Comment