PRAKATA
Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu, manusia melayari lautan dengan binaan kapal yang bagus?
Atau pernahkah anda mendengar manusia yang digelar sebagai
'orang gua primitif' memiliki kemahiran artistik dan pemahaman
sebagaimana yang dipunyai oleh artis moden?
Adakah anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80,000
tahun dulu dan digambarkan oleh para evolusionis sebagai 'manusia
beruk', juga mampu membuat alatan muzik, memperoleh keselesaan dari
pakaian dan aksesori, dan berjalan di atas pasir panas beralaskan
sandal?
Dalam segala kemungkinan anda mungkin tidak pernah mendengar
fakta-fakta berkenaan. Sebaliknya, anda telah diberi tafsiran salah
bahawa manusia tersebut adalah separuh manusia dan separuh beruk, tidak
mempu berdiri lurus, kurang kemahiran untuk berkomunikasi dan hanya
mengeluarkan bunyi dengusan yang pelik. Ini kerana dalam masa lebih
daripada 150 tahun, kebanyakan orang seperti anda telah dihujani oleh
keseluruhan penipuan ini.
Tujuannya adalah untuk meneruskan perjuangan falsafah
materialis yang menafikan kewujudan Allah SWT. Menurut perspektif yang
menyeleweng ini, alam semesta dan kebendaan adalah abadi. Dengan erti
kata lain, ia tiada permulaan, dan juga tiada Pencipta. Asas yang
kononnya saintifik untuk kepercayaan karut ini adalah teori evolusi.
Oleh kerana mereka mendakwa bahawa alam semesta tiada Pencipta,
para evolusionis harus memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupan
dan sejumlah spesis lain wujud di bumi ini. Untuk tujuan itu, mereka
menggunakan teori evolusi. Berdasarkan teori ini, semua kejadian dan
kehidupan di alam semesta berlaku secara kebetulan. Sebahagian benda
tidak bernyawa di zaman purbakala bercantum secara tidak sengaja lalu
membentuk sel hidup pertama. Kemudian organisma terwujud hasil daripada
ketidaksengajaan selama jutaan tahun ini. Dan akhirnya manusia wujud
sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.
Sejarah awal manusia - yang dianggap hasil daripada perubahan
secara kebetulan selama jutaan tahun, dan setiap satunya lebih mustahil
daripada perubahan terakhir, telah diselewengkan untuk menyokong
senario songsang ini. Evolusionis, yang sememangnya ketiadaan
bukti-bukti kukuh, mendakwa bahawa asal sejarah manusia adalah seperti
berikut: Bermula seperti bentuk kehidupan lain, berlangsung daripada
organisma purba hingga kepada manusia yang dipercayai perkembangan
paling maju berbanding yang lain. Oleh itu, sejarah manusia kononnya
berkembang daripada komuniti primitif kepada masyarakat bandar yang
moden. Hakikatnya, anggapan ini sama sekali tidak mempunyai sebarang
bukti. Ia juga menggambarkan sejarah manusia seperti yang didakwa oleh
falsafah materialis dan teori evolusi.
Para saintis evolusionis - dalam usaha mereka untuk menyokong
proses evolusi yang dianggap bermula daripada sel tunggal kepada
organisma berbilang sel, kemudian daripada beruk kepada manusia - bukan
saja telah 'menulis' semula asal-usul manusia, bahkan juga 'mencipta'
era khayalan seperti 'Zaman Orang Batu' dan 'Zaman Batu' untuk
menjelaskan cara hidup 'Orang Primitif'. Evolusionis, yang percaya pada
kepalsuan bahawa manusia dan beruk berasal daripada moyang yang sama,
telah memulakan usaha dalam kajian baru demi membuktikan dakwaannya.
Untuk itu, mereka meneliti setiap batu, atau mata panah, atau mangkuk
yang ditemui semasa penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun, gambaran
'manusia beruk' duduk di dalam gua yang gelap sambil berpakaian berbulu
serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah rekaan
semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan
Zaman Batu. Semuanya adalah pembohongan evolusionis dengan sebahagian
bantuan media.
Dakwaan para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh
perkembangan terbaru dalam bidang sains - terutamanya dalam ilmu
biologi, paleontologi, mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa
masing-masing spesis berubah menjadi 'versi terbaru', telah dibuktikan
salah.
Manusia juga tidak berkembang daripada makhluk beruk. Manusia
sememangnya adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai
peradaban canggih sehingga ke hari ini. Maka, 'evolusi sejarah' juga
tidak pernah terjadi.
Buku ini mendedahkan bukti-bukti saintifik bahawa 'evolusi
sejarah manusia' hanyalah pembohongan semata-mata, dan kami akan
menunjukkan bagaimana hakikat penciptaan telah disokong oleh penemuan
saintifik terkini. Manusia wujud di dunia ini bukan melalui evolusi,
tetapi dengan penciptaan sempurna Allah yang Maha Kuasa dan Maha
Mengetahui.
Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui sendiri bukti-bukti saintifik dan sejarahnya.
0 comments:
Post a Comment