AGAMA YANG HAK TELAH WUJUD
SEJAK PERMULAAN SEJARAH
Satu lagi kesilapan penganjur pembohongan perkembangan sejarah
dan masyarakat adalah dakwaan bahawa agama yang menjadi nilai
tertinggi masyarakat juga turut berubah. Dakwaan ini dikemukakan pada
kurun ke-19 dan amat disokong oleh materialis dan ateis. Tetapi tiada
penemuan arkeologi untuk membuktikannya dan ia kekal sebagai spekulasi.
Mereka juga tidak mempunyai bukti sokongan bahawa manusia
purbakala mengamal agama puak primitif dan menyembah banyak , dan
bahawa agama hak yang diturunkan untuk semua manusia sejak zaman Nabi
Adam (as) dan berdasarkan kesatuan Ilahi hanya wujud kemudiannya.
Sesetengah evolusionis cuba menggambarkan dakwaan ini sebagai fakta
sejarah, tetapi mereka silap besar. Sebagaimana teori Darwin tentang
evolusi biologi adalah penipuan, begitu juga dengan teori evolusi agama
yang muncul hasil pegaruh teori Darwin.
Bagaimana Kesalahan 'Evolusi Agama' Berlaku?
![]() Charles Darwin |
Sekitar satu setengah abad yang lalu apabila buku Origin of
Species Darwin masih lagi dalam edisi pertamanya, idea evolusi mendapat
sokongan hebat dari kalangan materialis dan ateis. Beberapa orang
pemikir di zaman itu menganggap bahawa setiap kejadian dalam sejarah
manusia dapat dijelaskan melalui evolusi dengan menyatakan bahawa
setiap sesuatu bermula daripada asas, peringkat primitif dan berkembang
menjadi lebih sempurna.
Kesilapan ini berlaku dalam banyak bidang. Dalam ekonomi
contohnya, Marxisme mendakwa bahawa perkembangan sedemikian sememangnya
telah dijangka dan setiap orang akhirnya akan memeluk fahaman
komunisme. Pengalaman telah membuktikan bahawa ini hanyalah impian dan
pendapat Marxisme langsung tidak mencerminkan kebenaran.
Dalam cabang psikologi pula, Sigmund Freud menyatakan bahawa
manusia adalah spesis yang amat berkembang, tetapi tindakan mereka
secara psikologinya masih dipengaruhi oleh sebab-sebab yang sama dengan
apa yang berlaku pada moyang primitifnya. Kesalahan besar ini telah
ditolak secara saintifik melalui kajian psikologi, sekaligus
membuktikan bahawa pandangan asas Freudianisme tiada asas saintifik.
Arena sosiologi, antropologi dan sejarah juga telah dijangkiti
oleh teori evolusi, tetapi pengetahuan yang diperoleh daripada
penemuan kurun terbaru telah menunjukkan bahawa pengaruh ini langsung
tidak produktif.
Persamaan ciri yang dipunyai oleh semua teori evolusi ialah
penentangan mereka terhadap sebarang kepercayaan terhadap Allah. Inilah
akar fahaman di sebalik idea salah evolusi agama. Menurut pandangan
salah Herbert Spencer, antara orang kuat penganjur pembohongan ini,
manusia purbakala tiada agama. Agama pertama kononnya bermula dengan
penyembahan terhadap mayat. Ahli antropologi lainnya yang menyokong
penipuan evolusi agama menyatakan pandangan yang berbeza-beza. Ada yang
percaya bahawa agama bersumberkan animisme (kepercayaan kepada makhluk
halus dan roh); ada juga berpendapat bahawa agama muncul daripada
totemisme (menyembah lambang seseorang, kumpulan atau objek). Seorang
lagi ahli antropologi, E.B. Taylor, percaya bahawa agama berkembang
daripada animisme kepada manisme (menyembah nenek moyang), politeisme
(percaya kepada banyak tuhan) dan berakhir dengan monoteisme (percaya
kepada Keesaan).
Teori ini dimulakan oleh ahli antropologi berfahaman ateis pada kurun ke-19 dan sejak itu telah diperjuang dan diterbitkan dalam pelbagai senario. Tetapi ia tidak lebih daripada satu pembohongan. Jumpaan arkeologi dan sejarah bertentangan dengan pandangan yang dikemukakan oleh saintis tersebut, iaitu agama monoteisme sejak awal lagi telah diwahyukan Ilahi kepada manusia menerusi nabi dan rasul-Nya. Tetapi pada masa yang sama, penyelewengan dan kepercayaan karut telah muncul seiring dengan agama sebenar. Sebagaimana manusia hari ini percaya kepada Tuhan yang Satu dan hidup mengikut ajaran-Nya, begitu juga dengan mereka yang secara salah menyembah berhala kayu dan batu, atau syaitan, atau moyang mereka dan juga pelbagai semangat, binatang, Matahari, Bulan dan bintang-bintang. Kebanyakan masyarakat ini tidak mundur, sebaliknya hidup dalam keadaan serba maju.
Sepanjang sejarah, terdapat juga mereka yang mengingkari
ajaran agama hak yang diwahyukan Allah dan cuba menghapuskan
nilai-nilai moralnya. Al-Quran memberitahu kita tentang sesetengah
manusia yang mahu mencampur kepercayaan dan amalan karut dan agama
sebenar yang diperturunkan lalu akhirnya mengubah dan memusnahkannya:
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Surah al-Baqarah, ayat 79)
Inilah sebabnya sebahagian orang yang percaya kepada kewujudan
dan Keesaan Allah dan patuh kepada ajaran-Nya akhirnya meninggalkan
agama sebenar. Maka terhasillah kepercayaan dan amalan yang
menyimpang. Dengan kata lain, tidak sepertimana yang dinyatakan oleh
sesetengah orang, evolusi agama tidak pernah berlaku; tetapi agama hak
pada waktu-waktu tertentu telah diseleweng hasil daripada kemunculan
kepercayaan karut.
Penyelewengan Agama Yang Benar
Di abad ke-20, kajian penting telah dijalankan berkenaan
dengan asal-susul agama, syukur kini telah dietahui bahawa tiada nilai
saintifik dalam dakwaan tentang evolusi agama, dan pandangan tersebut
sekadar khayalan belaka. Kajian ke atas agama-agama di dunia oleh ahli
antropologi terkemuka seperti Andrew Lang dan Wilhelm Schmidt
membuktikan yang agama tidak pernah berubah; sebaliknya telah
diseleweng dari semasa ke semasa. Keputusan kajian Schmidt telah
diterbitkan secara terperinci dalam majalah berkala, Anthropos.
Hasil kajian yang dijalankan antara tahun 1900-1935
menunjukkan bahawa pandangan tentang perubahan agama adalah tidak benar
sama sekali, dan menyebabkab ramai ahli antropologi mengabaikan
pendapat-pendapat evolusi mereka. Walau pun dengan adanya semua fakta
saintifik dan sejarah, sesetengah ateis yang radikal tetap
mempertahankan pandangan rapuh ini.
Penemuan Arkeologi Dari Mesir Dan Mesopotamia
![]() Gambar sebelah menunjukkan sebuah "tuhan petir," kata seorang daripada dewa-dewa palsu masyarakat Sumeria yang muncul apabila satu kepercayaan Ilahi yang benar menjadi rosak. |
Wilayah Mesopotamia yang terletak tidak jauh dari peradaban masyarakat Mesir purba juga dikenali sebagai 'sumber peradaban'.
Kebanyakan maklumat penting yang ditemui hasil kajian
arkeologi di kawasan ini lahir dari penemuan berkenaan kepercayaan
agama masyarakat Sumeria. Beberapa prasasti menceritakan tentang
aktiviti sejumlah besar dewa. Semakin banyak informasi diperoleh dan
penyelidik menemui kaedah lebih baik untuk mentafsir data, beberapa
maklumat tentang kepercayaan agama masyarakat ini juga mula ditemui.
Perkara yang paling menarik ialah lebih daripada sejumlah dewa yang
mereka percayai, mereka juga sebenarnya percaya kepada Tuhan yang Satu.
Bukti sejarah menunjukkan bahawa agama hak sentiasa wujud. Halaman
berikutnya akan mengkaji peradaban Sumeria, Mesir, India dan Eropah
serta tamadun Aztek, Inca, Maya untuk membuktikan bahawa mereka semua
menyembah Tuhan yang Satu dan agama yang benar disampaikan kepada
mereka melalui pesuruh-Nya. Stephen Langdon dari Universiti Oxford
adalah penyelidik pertama yang mendapati bahawa politeisme pada asalnya
mempunyai monoteisme. Pada tahun 1931, beliau memaklumkan hasil
kajiannya kepada dunia saintifik dengan menyatakan bahawa ia di luar
jangkaan dan sangat berlawanan dengan pemahaman evolusionis sebelum
ini. Langdon menjelaskan hasil penemuannya sebagai berikut:
sejarah peradaban manusia yang paling tua adalah pengurangan yang pantas daripada monoteisme kepada politeisme melampau dan kepercayaan terhadap semangat jahat yang berleluasa.
Lima tahun kemudian, Langdon menyatakan perkara berikut dalam The Scotsman:
Bukti itu dengan jelas merujuk kepada monoteisme asli, saki-baki prasasti dan penulisan oleh masyarakat Semitik purba juga menunjukkan monoteisme, dan punca penyembahan berhala oleh masyarakat Ibrani dan beberapa agama Semitik lain kini tertolak sepenuhnya.
Penggalian di Tell Asmar moden, tapak bandar masyarakat
Sumeria yang bermula sejak tahun 3,000 BC, menemui hasil yang amat
berpadanan dengan pendapat Langdon. Pengarah penggalian itu, Henry
Frankfort, memberi laporan rasmi berikut:
Sebagai tambahan kepada hasil yang memberangsangkan, penggalian kita juga telah membuktikan satu fakta baru yang mulai dari saat ini perlu diberi perhatian oleh pelajar-pelajar yang mengkaji agama masyarakat Babylon. Kita telah dapati untuk pertama kalinya bahawa unsur-unsur agama sempurna dalam kedudukan sosialnya.
Kita mempunyai sejumlah besar bukti logik, diperoleh daripada jumlah yang hampir sama kuil dan rumah yang diduduki oleh mereka yang menyembah di dalam kuil. Maka kita dapati bahawa jumpaan yang mereka kaji sendiri adalah tidak mungkin.
Sebagai contoh, kami menemui bahawa perlambangan yang terdapat pada beberapa cap silinder, yang sering dikaitkan dengan pelbagai , semuanya boleh disesuaikan ke dalam gambaran konsisten yang mana tunggal yang disembah di kuil inilah yang membentuk asasnya. Jadi kelihatan pada zaman awal ini, kepelbagaian aspeknya tidak dianggap sebagai dewa-dewa berbeza di dalam kuil purba masyarakat Sumero-Akkadia.
![]() Apabila tablet Sumeria telah diterjemahkan, ia muncul bahawa bilangan besar dewa-dewa palsu tuhan Babilon muncul akibat daripada salah tafsir secara beransur-ansur pelbagai nama dan gelaran yang Dewa tunggal. |
Jumpaan Frankfort mendedahkan fakta-fakta penting tentang cara
kemunculan sistem kepercayaan karut dan politeisme. Teori evolusi
agama berpendapat bahawa politeisme timbul apabila manusia mula
menyembah semangat jahat yang mewakili kuasa-kuasa alam. Tetapi ianya
tidak benar. Sepanjang perjalanan sejarah, manusia membangun
pemahaman berbeza terhadap sifat-sifat Tuhan yang Satu, lalu akhirnya
membawa kepada penyimpangan kepercayaan terhadap Keesaan Tuhan. Kepelbagaian sifat Tuhan yang Satu ini bertukar menjadi beberapa fahaman lain.
Lama sebelum Langdon membuat terjemahan batu-batu bersurat
masyarakat Sumeria, seorang penyelidik bernama Friedrich Delitzsch
telah membuat penemuan yang sama. Beliau mendapati bahawa kesemua dewa
dalam sembahan masyarakat Babylon datang dari bermacam-macam karakter
Marduk yang mereka sembah sebagai dewa pada masa itu. Kajian
membuktikan bahawa kepercayaan terhadap Marduk adalah hasil daripada
merosotnya kepercayaan terhadap satu Tuhan sebenar.
Marduk adalah dewa yang mempunyai banyak nama. Dia dipanggil
Ninib atau 'Yang Punya Kuasa', Nergal atau 'Tuhan Peperangan', Bel atau
'Yang Punya Ketuhanan', Nebo atau 'Tuhan Para Nabi', Sin atau 'Cahaya
Kegelapan', Shamash atau 'Tuhan Yang Serba Adil', dan Addu atau 'Tuhan
Hujan'. Lama-kelamaan, sifat-sifat Marduk ini akhirnya diasing darinya
dan dijadikan dewa-dewa yang lain. Cara yang sama juga berlaku pada
Tuhan Matahari dan Tuhan Bulan, iaitu dewa palsu yang lahir daripada
imaginasi manusia. Kepercayaan terhadap Marduk, bersamaan dengan
namanya yang lain, menunjukkan bahawa sistem kepercayaan ini sebenarnya
dikembangkan dari masa ke masa hasil penyimpangan kepercayaan terhadap
Tuhan yang Satu.
![]() The false deity Marduk, from the Babylonian pantheon |
Kita juga dapat melihat kesan penyelewengan yang
sama dalam masyarakat Mesir purba. Ramai penyelidik telah menemui bahawa
masyarakat Mesir purba merupakan pengamal monoteisme pertama, tetapi
kemudian merombak sistem ini dan menukarkannya kepada Sabeisme, atau
menyembah matahari. M. de Rouge menulis:
Adalah amat nyata bahawa bahagian yang luhur dari agama masyarakat Mesir secara relatifnya bukan hasil terbaru proses perkembangan atau penghapusan daripada yang lebih kotor. Bahagian luhur tersebut dibuktikan purba; dan tahap terakhir agama masyarakat Mesir yang terkenal di kalangan penulis Greek dan Latin, bukan ahli kitab atau Kristian, adalah yang paling kotor dan rosak.

Dalam agama dan teologi purba, terdapat
pengkelasan Tuhan yang berbeza-beza. Sesetengah bangsa seperti Hindu
moden, tenggelam dalam timbunan Tuhan dan dewa-dewa yang terus-menerus
bertambah. Yang lain bukan menyembah Tuhan yang agung, tetapi
sejumlah kepercayaan animisme, syaitan.
Konsep ketuhanan berkembang daripada penyembahan
roh-roh jahat sebegitu kita akan dapati politeisme mendahului
monoteisme. Apa yang kita perolehi sebenarnya bertentangan,
monoteisme ialah tahap terawal yang boleh dikesan dalam teologi.
![]() Penyelidikan antropologi telah menunjukkan bahawa kepercayaan politeisme muncul bersama-sama dengan penyelewengan keimanan monoteistik. Ini adalah salah satu bukti bahawa tiada proses seperti agama "evolusi" yang pernah berlaku, kerana beberapa akan kita percaya. |
Asal-usul Politeisme Tahyul di India
![]() Agama Hindu karut mempunyai banyak dewa-dewa palsu. Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahawa pada zaman awal orang budaya India percaya kepada Tuhan tunggal. |
Walaupun tamadun India tidak setua peradaban di Timur Tengah,
ia merupakan antara tamadun tertua yang masih lagi hidup di dunia.
Dalam paganisme masyarakat India, jumlah dewa-dewa tidak
terkira banyaknya. Selepas satu kajian yang lama, Andrew Lang mendapati
bahawa agama yang menyembah banyak wujud di India hasil daripada
proses sama yang berlaku di Timur Tengah.
Edward McCrady yang menulis
tentang kepercayaan agama masyarakat India, mendapati Rig Veda
menunjukkan bahawa pada waktu dulu, dewa-dewa hanya dianggap sebagai
sebahagian jelmaan Tuhan yang pelbagai.
Dalam gita puja Rig Veda, kita dapat melihat kesan kehancuran
agama yang memuja satu . Seorang lagi pengkaji dalam bidang ini, Max
Müller, bersetuju bahawa pada awalnya, wujud kepercayaan kepada satu :
Terdapat monoteisme yang mendahului
politeisme Veda; dan walaupun dalam pemujaan pelbagai , ingatan bahawa
Tuhan itu Satu hadir dalam seruan pemujaan, seperti langit biru
dilindungi awan yang sedang berarak.
Maka, jelas bahawa evolusi agama tidak berlaku, sebaliknya
manusialah yang menokok-tambah perkara-perkara tahyul ke dalam agama
sebenar, atau menolak sesetengah suruhan dan larangan - yang akhirnya
menyebabkan penyelewengan terhadap kepercayaan agama.
Pencemaran Agama Dalam Sejarah Eropah
![]() Di dalam buku The Agama Greece di Times Prehistoric, Axel W. Persson, seorang penyelidik ke dalam kepercayaan kuno Yunani agama, berkata: "... ada yang akan dihasilkan kemudian lebih ramai lebih kurang ketara angka yang kita bertemu dengan dalam mitos agama Yunani . " |
Kita dapat melihat kesan pencemaran yang sama dalam
kepercayaan masyarakat-masyarakat Eropah di zaman silam. Axel W.
Persson, seorang penyelidik paganisme Greek purba telah menulis dalam
bukunya yang bertajuk The Religion of Greece in Prehistoric Times:
kemudian berkembang sejumlah besar dewa yang kita temui dalam mitos agama masyarakat Greek. Pada pandangan saya, variasi mereka yang bertambah dipengaruhi oleh pelbagai nama sembahan yang berasal daripada satu dewa yang sama.
Kesan pengubahan yang sama juga boleh
dilihat di Itali. Selepas mengkaji carta Iguvine yang ditemui dari
zaman Etruscan, seorang ahli arkeologi bernama Irene Rosenzweig
menyimpulkan bahawa “dewa-dewa dibezakan oleh sifat mereka, yang
masing-masing kemudiannya dikenali sebagai kuasa suci yang tersendiri.”
Kesimpulannya, semua bukti antropologi dan
arkeologi kurun terakhir menunjukkan bahawa sepanjang sejarah,
masyarakat pada mulanya percaya terhadap Keesaan Tuhan tetapi mengubah
kepercayaan ini dari masa ke masa. Mula-mula, manusia percaya kepada
Tuhan yang menciptakan setiap yang ada daripada tiada, Tuhan yang
melihat dan mengetahui segalanya dan Tuhan kepada seluruh alam.
Lama-kelamaan, nama-nama Tuhan disalah anggap sebagai dewa-dewa yang
berbeza, akhirnya manusia mula menyembah kesemua dewa palsu ini. Agama
yang benar ialah penyembahan terhadap Tuhan yang Satu. Fahaman
politeisme berkembang hasil daripada penyelewengan agama sebenar yang
telah diwahyukan Ilahi kepada manusia sejak zaman Nabi Adam (as) lagi.
Agama Hak Yang Diwahyukan Ilahi
Apabila kita melihat nilai-nilai budaya dan agama masyarakat
di pelbagai kawasan dunia, kita dapati mereka mempunyai persamaan.
Kesemua masyarakat ini mungkin tidak dapat berkongsi budaya, tetapi
mereka percaya terhadap makhluk seperti malaikat, syaitan dan jin yang
hidup di alam berbeza. Mereka percaya pada kehidupan selepas mati,
bahawa manusia diciptakan daripada tanah; dan penyembahan mereka
mempunyai banyak elemen yang sama. Misalannya, bahtera Nabi Nuh (as)
tercatat dalam rekod masyarakat Sumeria, agama bangsa Wales, dan di
dalam beberapa inskripsi masyarakat Cina dan agama masyarakat Lithuania
purba.
Ini cuma satu bukti bahawa satu dewa yang berkuasa - iaitu
Allah, Tuhan Seluruh Alam - telah mewahyukan moral-moral keagamaan. Di
seluruh dunia, budaya pernah disangka sebagai agama yang muncul dari
tempat agung yang sama, mendedahkan kewujudan dewa tunggal. Tuhan kita
telah menunjukkan Diri-Nya dalam setiap perjalanan sejarah melalui
hamba-hamba yang dipilih dan dimuliakan-Nya; dan melalui mereka Dia
telah menurunkan agama terpilih untuk manusia. Pada wahyu terakhir yang
tercatat dalam Al-Quran, Allah memberitahu bahawa "...tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar." (Surah ar-Ra'd, ayat 7). Dalam ayat lain kita diberitahu bahawa Dia mengutus pesuruh-Nya kepada semua bangsa manusia untuk mengingatkan mereka:
Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran. Memperingatkan mereka dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim. (Surah asy-Syu'araa', ayat 208-209)
Kesemua pesuruh ini sentiasa mengajak manusia
percaya kepada Keesaan Allah, menyembah hanya kepada-Nya, serta membuat
kebaikan dan menjauhi larangan-Nya. Manusia akan mendapat kesejahteraan
melalui ketaatan kepada para nabi dan rasul yang dipilih dan dirahmati
Allah, dan patuh kepada kitab suci yang ditinggalkan sebagai warisan.
Rasul terakhir yang diutus Allah sebagai rahmat untuk seluruh alam ialah
Nabi Muhammad (saw); dan Al-Quran sebagai kitab suci terakhir yang
selamanya berada di bawah lindungan Allah ialah panduan sebenar
kemanusiaan.
0 comments:
Post a Comment