Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitulmuslim yang
sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap
bergantung kepada satu perkara iaitu takdir Allah SWT kerana
sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia itu
sendiri.
Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan
Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu.
Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang
terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam
sukmanya.
Dalam meniti usia senja, perancangan demi perancangan di
bina dan di susun serapinya. Pada usia muda, pelajaran menjadi
keutamaan. Namun dalam masa yang sama, tuntutan fitrah untuk membina
hubungan halal turut meraih tempat dalam perancangan kita. Kita mula
mengatur langkah dengan mencari bagi si teruna dan menanti bagi si
puteri. Ada yang menanti dalam diam, dan ada juga yang sama-sama
menongkah zaman. Menjadi ‘berani’ ke hadapan namun tetap berada di dalam
jagaan ‘malu’ dan ‘rapinya’ seorang wanita. Lantas, orang tengah
menjadi pengantara.

Di
saat kita mengatur langkah, merancang untuk menuju ke fasa yang penuh
cabaran dan mehnah, adakah impian untuk membina baitulmuslim akan
mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk
berbaitulmuslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu menikah
di jalan dakwah?
Takdir yang bakal tiba segalanya berada
digenggamanNya. Kita hanya mampu bertanya namun, jawapannya akan
terjawab tatkala kita sudah pun berada di’dalamnya’ – alam
berumahtangga.
Terdapat beberapa kisah benar wanita solehah yang
ingin ana kongsikan bersama-sama untuk dijadikan sebagai satu motivasi
supaya akhowat tetap teguh sebagai seorang Da’ie di jalanNya.
InsyaAllah.
Kisah 1
Kagum sungguh dengan ukhti yang seorang ini. Sebelum ukhti ini berubah, dia pernah bercouple
dengan seorang akhi. Dahulu kedua-duanya masih lagi di jalan kejahilan.
Dan selepas Allah memberikan hidayah kepada ukhti ini terlebih dahulu
dia terus-terusan bermujahadah di jalan Allah.
Bertahun-tahun
lamanya ukhti ini bermujahadah. Manakala akhi ini pula terus-terusan
cuba untuk menganggu ukhti tersebut dan ingin mendapatkn kepastian
mengapa dia ditinggalkan begitu sahaja. Dan akhirnya akhi ini pun
mengalah dan dia pula diberikan hidayah oleh Allah. Masing-masing mula
menyepi dan mantap di jalan dakwah.
Selepas bertahun-tahun menyepi
akhi ini mula mencari ukhti tersebut di facebook. Dan selepas ukhti ini
melakukan istikharah, yakin dengan ketentuan yang diberikan olehNya,
ukhti tersebut terus memulakan langkah perkenalan untuk ke langkah
seterusnya. Alhamdulillah, baru-baru ini saya menerima walimatulurus
daripada mereka berdua. Bersyukur ke hadarat Illahi kerana usaha mereka
mujahadah bertahun-tahun lamanya akhirnya berbaloi juga. Allahuakbar.
Kisah 2
Seorang muslimah, alhamdulillah jodohnya ditetapkan awal oleh Allah.
Menikah dengan seorang ikhwah. Yang kelihatan mantap di jalan dakwah.
Gerak dakwah berterusan selepas perkahwinan sepertimana sebelum menikah.
Namun kini kedua-duanya berhenti daripada terus bersama. Silapnya di
mana? Wallahua’lam. Allah lebih tahu apa yang terjadi di tengah perjalanan perjuangan.
Kisah 3
Sudah beberapa tahun menunggu kedatangan seorang ikhwah. Namun belum
datang bertandang. Dalam penantian, beberapa lamaran menjelma. Walaupun
usia makin bertambah, namun setiap risikan dan lamaran ditolak dengan
sebab lelaki tersebut bukan ikhwah yang didamba peribadinya.
Sehingga
sampai ke satu masa, akhirnya tibalah saat-saat yang dinanti. Datanglah
permintaan berbaitulmuslim dari seorang ikhwah, yang sangat mantap
dalam gerak dakwahnya. Dan akhirnya istiqamah sehingga kini.
Saat ditanya, kenapa akak sanggup tunggu? Dia cuma tersenyum sambil berkata,
“kerana
akak yakin akan janji Tuhan. Dan akak akan tetap tunggu ‘ikhwah’ sampai
bila-bila. Dan dalam baitul muslim, bukan bergantung kepada siapa yang
kita suka, tetapi kita perlu bersedia menerima sesiapa sahaja, asalkan
dia tetap berpegang kepada fikrah yang sama. Itu prinsip akak.”
Kisah 4
Tetap juga menunggu beberapa tahun sehingga lewat 20-an. Akhirnya
datang lamaran daripada seorang lelaki, yang bukan mantap agamanya. Dan
keduanya bertunang. Beberapa bulan selepas pertunangan, datanglah
beberapa risikan daripada ikhwah melalui ibu usrahnya.
Namun
takdir mendahului, sudah menjadi tunangan orang, yang bukan seorang
ikhwah. Dan kini, alhamdulillah ukhti itu tetap bergerak, dan mendapat
sokongan zaujnya walaupun bukanlah seorang pendokong. Namun tetap
seorang penyokong yang baik.
Demikianlah takdir susunan Allah
pasti adalah yang terbaik. Yang tinggal adalah apa yang kita betul-betul
inginkan. Adakah hanya sebuah rumahtangga untuk menghalalkan hubungan?
Atau sebuah perkahwinan supaya tidak bersendirian? Atau sebuah
baitulmuslim untuk sama-sama berjuang di jalan dakwah?
Kesimpulannya,
dalam merancang niat juga usah dilupakan. Niat awali lah ia hanya
semata-mata kerana Allah. InsyaAllah, pastinya sebuah perancangan yang
diniatkan keranaNya akan mendapat rahmat dan berkat dariNya. Jika
seandainya perancangan kita itu tidak terjadi, pasti hati kita mudah
merasa redha dan tenang menerimanya. InsyaAllah~
Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment